Saturday, January 3, 2009

Tahun Baru Hijrah


Salam semua...ak rasa masih belum terlambat utk ak mgucapkan salam tahun baru Hijriah kepada kengkawan ak y ak knal or tdak pm..moga kedatangan tahun baru hijrah ini memberi 1001 makna kpd kita semua sebagai umat Islam. Di bumi negara kita, Malaysia, sambutan Tahun Baru Hijrah diraikan dengan penuh simbolik dengan disertai bermacam2 acara, dimulai dengan perarakan Maal Hijrah, simbolik kepada penghijrahan Rasulullah SAW bersama umat Islam dari Makkah ke Madinah Al Munawarah dan juga penyampaian tokoh Maal Hijrah yang mana pada tahun ini telah dimenangi oleh Mufti Perak iaitu Datuk Seri Harussani Zakaria dan juga seorang ulama dari Syria.
Akan tetapi, sambutan Maal Hijrah kita pada tahun ini telah dicemari dengan serangan pihak kafir Yahudi Laknatullah ke atas Wilayah Palestin. Serangan bom dan peluru berpandu secara bertalu-talu ke atas kubu Hamas secara tidak langsung telah mengorbankan ratusan Nyawa yang tidak berdosa dan juga telah mencederakan ribuan manusia. Perkhabaran terbaru yang mana sekutu Israel iaitu Amerika Syarikat telah membenarkan Israel untuk melanggar tebing semenanjung Gaza. Ini sekaligus akan mengorbankan lebih banyak nyawa yang tidak berdosa. Alangkah pilunya hati Ini melihatkan jasad kerdil, orang-orang tua dan Juga wanita yang tidak berdosa terkorban dengan sia-sia.

Menghairankan saya, kenapa negara-negara Arab Yang berada berdekatan dengan Palestin hanya berdiam diri sahaja? Adakah mereka takut diserang juga? Dimana fungsi Liga Arab dan juga Pertubuha Negara-negara Bersatu (PBB) dalam mengatasi kemelut Ini? Maruah Islam telah di Hina dan ditindas dengan begitu teruk sekali, akan tetapi, tiadanya tindakan yang mampu untuk menghentikan semua ini. Adakah umat Islam hanya bergantung kepada pejuang Hamas sahaja untuk memerangi Kaum Yahudi ini? Malaysia telah menghantar bantahan kepada dunia mengenai kekejaman yang telah dilakukan oleh puak pelampau Yahudi Ini, tetapi adakah cukup dengan hanya bantahan sahaja?Adakah dengan bantahan, Israel akan menghentikan serangan mereka ini? Pelbagai persoalan yang perlu dijawab. Sama-samalah kita renung-renungkannya...Wassalam.

No comments:

Post a Comment