Haluuu...seluruh dunia mengetahui akan perihal amerika syarikat telah mendapat seorang Presiden baru, presiden yang ke-44 bagi negara Polis dunia ini...pengunduran George W. Bush yang telah memegang jawatn tersebut selama 2 penggal yang mana pelbagai peristiwa telah berlaku sepanjang amerika berada di bawah pemerintahan dan kekuasaanya..seluruh dunia masih ingat peristiwa 11 September 2001, serangan ke atas Iraq tahun 2003, Afghanistan, pemburuan Osama Bin Laden, Hukuman mati Saddam Hussein, dan yang terbaru krisis ekonomi amerika yang telah menyebabkan seluruh dunia merasainya...Kini cabaran dan lembaran baru telah bermula bagi amerika syarikat yang inginkan sinar baru.Seluruh penduduk amerika magharapkan sinar daripada Presiden kulit Hitam pertama. Perjalanan politik Obama ini cukup menarik. Semasa pemilihan calon Presiden parti Demokrat lagi sudah terserlah bakat dan ketokohannya sebagai calon utama Presiden Amerika Syarikat yang ke 44 yang mana kepetahannya berpidato bagi meraih sokongan rakyat Amerika bagi memilihnya.
Ini terbukti sebelum, semasa dan selepas piliharaya pemilihan Presiden US, populariti Obama sentiasa tinggi. Keputusan pelihan raya presiden sudah menggambarkan segalanya. Kini harapan Dunia, harapan seluruh penduduk amerika berada di bahu Obama. Rumah Putih kini memiliki tuan baru. Sejarah Rumah Putih telah mencoretkan segalanya. Krisis di tebing Gaza yang terbaru seolah2 ingin menguji sejauh manakah kewibawaan Mr. Baracck Husein Obama ini. Rakyat amerika menanti dengan penuh debaran dan pengharapan apakah yang akan dilakukan oleh Obama bagi mengatasi segala krisis yang telah ditinggalkan oleh Mr. Bush sebelum ini. Bush meninggalkan Rumah Putih dengan populariti yang paling teruk dalam sejarah Presiden Amerika Syarikat. Balingan kasut baru2 ini seolah2 meymbut pengunduran Bush selaku ketua Sherif Dunia.Apapum kita saksikan video agkat sumpah Barack Obama selaku Presiden Amerika Syarikat yang ke 44 ini....
No comments:
Post a Comment