Saturday, January 31, 2009

dAri kAcA mAta pEnuLis...



Assalamualaikum wbt...

Ketemu kita lagi.dah ama ak xpost sebarang entry coz ak balik kampong cam org laen jgak kan..walaupun ni bkn raya aku, tp pabila kita berada dalam sebuah negara yang majmuk adalah patut bagi Kita untuk sama2 kita raikan tanpa mengira status agama bangsa...tapi janganlah pula kita berlebihan dalam meraikannya..huhuhuhu...well kali ni ak nak story sket memndgkan ak ader mud untuk mbebel entah pape nih...umum mengetahui keadaan negara kita yang mana sekarang nih hampir seluruh negara merasa akan kehangatan kesan daripada kegoyahan ekonomi global yang secara logiknya dan wajarnya bermula daripada Amerika Syarikat...seterusnya merebak ke seluruh dunia. Saban hari kita terbaca di dada2 akhbar yang mana banyak sekali kilang2 dihentikan operasinya, krisis pengangguran kian meruncing dan sebaginya. Pabila disebut sahaja pengganguran, semuer org takot..yela, saper nk mengnggur kan, hari2 makn anggur y pahit untuk ditelan wlaupun pd hkikatnya anggur itu manis, n masam2 gitu...wakaka...yang terbaru ak baca di ruangan ekonomi, akhbar berita harian semalam mengenai kilang Panasonic di melaka bakal ditutup dan seterusnya mengakibatkan hampir 500 orang akan hilng pekerjaan dan Juga kilng panasonic di Selangor akan di gabungkan walaupun tidak memberi kesan keatas pekerja, namun,kita dapat lihat disini bahawa pihak Panasonic akan mengecilkan operasinya di Malaysia. Ini sekaligus akan menjejaskan pertumbuhan ekonomi negara yang sedang dilanda badai.

Keadaan negara sekarang yang mana peralihan pucuk pimpinan kuasa dari Pak Lah kepada Pak Najib. Kalu kita tgok bagaimana Mr. Bush meninggalkan White House kpd Mr. Presiden y bru iaitu Barack Obama dalam keadaan US y bgitu uzur skali. Banyak pmasalahan yg terpksa di tangung oleh Obama yang sekaligus akan menguji sejuah mana kewibawaan Obama dalam mengatasi masalah ini yang mana dalam sejarah US, inilah keadaan paling Buruk yang pernah di alami oleh mereka sebagai Rkyat US yang brbilag warna kulit, Kuam dan sbgainya. Jika kita Lihat suasana politik dalam negara kita sekarang di tambah plak dengan krisis ekonomi yang sekaligus membantutkan sedikit pertumbuhan pembangunan negara kita Khususnya. Permainan politik kini lebih tidak selamat dan banyak risikonya sejak Tsunami politik melanda negara 8 MAc lalu. Sejak itu, ura2 Malaysia bakal mendapat Perdana Menteri baru hangat diperkatakan sehinggalah janji 16 Septembar yang mana negara bakal menadapat kabinet y baru (xjdik pom, ckap org politik) sehinggalah kepada beberapa krisis dalaman UMNO kini.sepanjang ak berada di bumi Malaysia ini, tak pernah skali pom ak lihat UMNO begitu goyah seperti sekarang ini. MAsalah perpaduan antara kaum juga kerap sekali timbul. macam2 isu dan masalah timbul Kini. apakah perubahan politik dalam negara akan timbul lagi???ketakutan mulai terasa takot2 peristiwa 16 MEI 1969 berulang kembali. cukuplah hnya sekali Krisis kaum dalam negara Kita terjadi.harapnya kali ni tak lagi jadinyer.kali ni kewibawaan Pak Lah n Pak Najib akan teruji dengan lebatnya terutama Pak Najib yang mana dengan keadaan sekrang, masalah dalaman UMNO, Ekonomi, perpaduan, semuanya cukup rencah, dan jika tersilap selangkah, buruk padahnya.

ak sebagai salah seorang daripada berpuluh juta rakyat Malaysia mahukan keamanan, kedamaian , keselamatan yang trjamin, keselesaan dalam negara Malaysia yang tercinta dan bertuah ini. Jadikanlah peristiwa masa lampau sebagai iktibar paling berguna kepada kita semua. jangan di ulangi kesilapan yang lampau, kelak, merana diri semua. lihtlah sahaja penderitaan rakyat Palestin kini, hidup penuh kesengsaraan. Bersyukurlah kitas semua dgn ape yang kita peroleh sekarang dan bersama2 lah kita berganding bahu, bersatu dengan jitu dan kemas bagi menjaga perpaduan antara kaum dalam negara kita bagi mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni dan aman damai seperti y kita kecapi sedkit masa lalu di bawah Bapa Pemodenan, Tun Dr MAhathir Mohamad.akhir kalam...salam perpaduan, salam kedamaian...!!!!
p/s*--usah ditimbulkan isu atau propaganda mengenai isu di atas..sebuah idea dan curahan hati dari kaca mata penulis semata...:-p (ntah paper y aku bebel nih...hesh)

Saturday, January 24, 2009

BaLik kAmpUnG...yuhuuuuu!!!!


Yuhuuu...esok ak akn balik kampung...dah hampir sbulan ak xblek..sedih dowh...tp Nak wat camner, muder2 nih kna la merantau d Ngeri org, cari ilmu, cari panduan hidup, blajau erti berdikari n so on lah...kan..well, tiket ketapi Ak pm dah ader,tp barg still tak pack lagi...ntah bilo nak pack, ala, wat balik ak nyer pc jer pown, bkan bwk bju ke per...
tp kan, y xbeshnyer, tggal ak sowang jerx kat umah nih, y len sme dah cabot lari. paling awal encik peja, mentg2lah dier xamek control hari jumaat tuh, mlm jumaat dah blah...apa pnyer peja, tawla dah ader personal life..!!pahtu en.ajib plak ikot jejak langkah en.peja itu, balik dengan Gen2 org jemput lagi tuh, seorg gadis plak tuh...haishh..pahtu ahmad Wes plak p genting Ngan membernyer, at last, tggal la ak terkontang kanting...sedih gler siot...tp nk wat cmner..tket ader hr ahad jew...hurmmm...ni la parahnyer bile dok jauh...


papan tanda stesen manek urai..my hometown...

kalo kowang nk taw, kg aku, Kg. Manek Urai Lama, di daerah Kuala Krai, Kelate...jauh la dengan Kg. Cabang 3 Pendek (kg. Wes) tuh...naek ketapi dr Seremban turun Kat Kuala Krai, kg ak memg ader stesen ketapi. tp tuh untuk keretapi local jer y bhenti..mcm ak nih naek y xpress nyer...bjet laju la tuh, padahal dkat 12 jam jgak Nak sampai K.Krai tuh...hampeh...tp murah pnyer pasal, its be my choice...ahakz3...

memandangkan ak blik kg, so pyah la nk dapat tenet, xmcm umah sjib n peja, y tggal di kawasan org kaya, sowang Danau Kota,sowang Damansara...high class nyer tempt towh...haishh...so, xdptler ak nk hapdet ak nyer blog nih...tp xper.>sepnjg ak cti Nih, kalu der klapangan, ak akn try untuk crik entri baru yang mungkin berguna untuk kita sumer...chaiyok3...
so..pepandai ler kowang jge dri sepnjg ak p bercti nih, y pasti lpas cti nih akan terhidanglah dpn mata ak dgn plbagai test,asgment,report m swktu dgnnyer...nk wat cmner...adat student cmtuh la...hohoho...ok..bubye...balik kampung...yuhuuuuu!!!!!!!!!!!

p/s*- maceh kpd cik piee krne sudi mnemankan ak kat murni ini malam n antau ak p mc esoknyer...happy brthday untuk cik piee-23/1/2009=21 tahun..udah matang ler tu...

Apa daH jdi HarimaU MalaYa???




Salam sukan dan salam sejahtera semua. Entri kali ni ak tertarik untuk ak kongsi dengan korang semua perihal bola sepak Malaysia kita nih. Apa dah jadi nih? UAE 5-0 Malaysia. tak teruk ke rasa kena tibai sampai macam tuh sekali?Tengok kepada Malaysia main, segalanya boleh dikatakan hampeh. Malu. tak der taktikal, team work ntah ke mana, apakan lagi stamina pemain. Macam ni ker nak maen kat eropah lah, amerika selatan la kalu stamina untuk 90 minit pum hancur.Kalu macam ni lah, jangan mimpi untuk kita lihat team malaysia menang Emas kat Sukan Sea Laos tahun ini.Usah dikau berangan di siang hari wahai FAM!!!

Aku sangat2 simpati kat FAM n player malaysia Nih. Asyik kena Kutuk jer.Tapi, cube kita tgok Indonesia, Thailand, dan yang terbaru, Vietnam. Kita tgok mcm mna pengurusan diorg, player mcm mana, daripada sebuah negara bola sepak yang terumbang ambing dengan pelbagai kes rasuah menjadi kepada sebuah negara gergasi Bola sepak di rantau asia tenggara ini.Bintang utama Vietnam yang berpotensi Untuk menyerlah di Asia Tenggara mahupun Asia ini, Pham Van Qu Yen, telah disabitkan dengan kes rasuah Bola sepak negara itu beberapa tahun lepas.Ketika itu, masa depan bola sepak Vietnam entah di mana,dan ketika itulah Malaysia mampu untuk menjinakkan Vietnam. Tapi sekarang, lihatlah sahaja gol memalukan Vietnam ke atas Malysia disebabkan oleh Pemain Bola Sepak Paling Popular di Malaysia (Undian 100plus) 2008, Helmi eliza Elias, penjaga gol Kedah dan kebangsaan. Tindakan yang Langsung tak wajar yang mana beliau telah keluar dari kawasan gol.


Ak xnak ulaslah kelima-lima gol UAE tuh. Pertahanan macam sampah. malu tengok. macam Ni ker nak lawan Manchester United 26 Julai nati? tunggu masa kena bedil dengan Ronaldo, Rooney, Berbatov je la.Ntah2 Van der Sar pm dapat bagi gol. xmustahil.
So, apa penyelesaian terhadap pemsalahan bola sepak Malaysia nih?Piala dunia 2018?itu semua angan2. nak menang Piala AFF pun xdapat.Sukan Sea pm lagi xdapat.memalukan.FAM, usah kau bagi janji manismu kepada pencinta bola sepak Malaysia.Macam lagu Aisyah, Janji Manismu.hohohoho...


Cadangan untuk amik pemain import untuk mewakili Malaysia, ak rase idea Nih baek n bernas jugak demi menyelamatkan maruah bola sepak negara kita khususnya dan sekaligus menaikkan ranking Malaysia. FAM perlu tunduk dan akur akan kegagalan segala apa yang dirancang sebelum nih. Jangan tunjuk ego lagi FAM. Mangaku sajalah.
Kepada para pemain Malaysia, berjuang demi menjaga nama negara, bukan atas dasar wang semata2.

Ak rase, baek rombak jerx liga malaysia n kita tubuhkan liga di setiap negeri. negeri yang akan mengelolakannya. Pertandingan antara daerah yang mana orang kampung, orang asli yang main. N wujudkan jugak liga bawah 12 tahun, bawah 15 tahun ker supaya kita dapat cungkil baka2 muda n train diorang untuk betul2 jadi pemain Bola sepak sejati. Letak di satu akademi n selalu dedahkan mereka dengan pelbagai perlawanan antarabangsa. didik diorng untuk betul2 menjadi seorang pemain Bola sepak. Tidak keterlaluan untuk ak cakap, bukak jerx satu akademi bola sepak di england contohnya, n latih diorang d sana. Kalu Boleh, serapkan pasukan nih dalam liga remaja di sana dengan bantuan pihak FA england. Biar mereka bersaing dengan para pemain mat salleh kat sana. Belajar taktikal, train Stamina n so on.


Skuad Malaysia tak lama lagi??

Ak rase ckuplah stakat nih dulu entri ak kali nih...lgipum xelok kutuk orang banyak2 nih...tpi Kutukan membina, supaya sedar di mana taraf bola sepak negara kita, mana kedudukan bola sepak. Kalaupun Malaysia lawan Hull city pom, belum tentu Malaysia dapat seri, lawan Burnley cukuplah kot...hurmmm...Ntahlah...

p/s* mampu ker FAM nak bayar gaji team atas tuh???ke tunggu pak arab beli FAM??n satu lagi, kalo korg tgk jersi MAlaysia tuh, bkn ader bendera Malaysia pown, logo FAM jerx. Berjuang atas nama FAM, bukan Malaysia!!!!patut ler kalah....

Friday, January 23, 2009

pEtuA...???



1.Petua Cepat DiPinang - Banyakkan Meminum Air Pinang

2.Menegangkan Kulit Muka - Stepler Tempat Yg Kendur Tue..
3.Menghilangkan Cagu - Potong Jari Yg Kena Cagu Tue...

4.Menghilangkan Bau Badan - Berendam Dalam Minyak Wangi
5.Melembutkan Rambut - Rendam Kepala Dalam Air Menggelegak...
6.Melentikkan Bulu Mate - Pakailer Bulu Mate Palsu...

7.Melebatkan Rambut - Cari Baja Rambut...
8.Mengurangkan Dengkur - Kurangkan Tidur..
9.Menghilangkan Ketuat - Potong Dgn Pisau Cukur Cap Buaya... .

10.Mengempiskan Perut - Jgn Makan & Jgn Minum...
11.Mengekalkan Kecantikan - Kekalkan Mekap, Jgn Basuh2...
12.Menyegarkan Mate - Tuang Eye Mo...

13.Mengelak Rambut Gugur - Lumur Dengan Gam Gajah...
14.Menghilangkan Kelemumur - Gunekanlah Syampu Rejoice..
15.Menurunkan Berat Badan - Turun Ikut tangga kecemasan..

16.Mengatasi Tumit Pecah - Jalan Berjengket- Jengket...
17.Memerahkan Bibir - Pakai Lipstick arr..
18.Menghaluskan Kulit Muke - Gosok Dgn Kertas Pasir

19.Menaikkan Seri Muke - Makan Kuih Seri Muka Sambil Naik Tangge..
20.Menghilangkan Bau Mulut - Minum Minyak Wangi

Wednesday, January 21, 2009

Presiden US yang ke-44: Barack Husin Obama



Haluuu...seluruh dunia mengetahui akan perihal amerika syarikat telah mendapat seorang Presiden baru, presiden yang ke-44 bagi negara Polis dunia ini...pengunduran George W. Bush yang telah memegang jawatn tersebut selama 2 penggal yang mana pelbagai peristiwa telah berlaku sepanjang amerika berada di bawah pemerintahan dan kekuasaanya..seluruh dunia masih ingat peristiwa 11 September 2001, serangan ke atas Iraq tahun 2003, Afghanistan, pemburuan Osama Bin Laden, Hukuman mati Saddam Hussein, dan yang terbaru krisis ekonomi amerika yang telah menyebabkan seluruh dunia merasainya...Kini cabaran dan lembaran baru telah bermula bagi amerika syarikat yang inginkan sinar baru.Seluruh penduduk amerika magharapkan sinar daripada Presiden kulit Hitam pertama. Perjalanan politik Obama ini cukup menarik. Semasa pemilihan calon Presiden parti Demokrat lagi sudah terserlah bakat dan ketokohannya sebagai calon utama Presiden A
merika Syarikat yang ke 44 yang mana kepetahannya berpidato bagi meraih sokongan rakyat Amerika bagi memilihnya.



Ini terbukti sebelum, semasa dan selepas piliharaya pemilihan Presiden US, populariti Obama sentiasa tinggi. Keputusan pelihan raya presiden sudah menggambarkan segalanya. Kini harapan Dunia, harapan seluruh penduduk amerika berada di bahu Obama. Rumah Putih kini memiliki tuan baru. Sejarah Rumah Putih telah mencoretkan segalanya. Krisis di tebing Gaza yang terbaru seolah2 ingin menguji sejauh manakah kewibawaan Mr. Baracck Husein Obama ini. Rakyat amerika menanti dengan penuh debaran dan pengharapan apakah yang akan dilakukan oleh Obama bagi mengatasi segala krisis yang telah ditinggalkan oleh Mr. Bush sebelum ini. Bush meninggalkan Rumah Putih dengan populariti yang paling teruk dalam sejarah Presiden Amerika Syarikat. Balingan kasut baru2 ini seolah2 meymbut pengunduran Bush selaku ketua Sherif Dunia.Apapum kita saksikan video agkat sumpah Barack Obama selaku Presiden Amerika Syarikat yang ke 44 ini....


PaBiler DiRi Nih Kna Tag!!!

haluuu...kali Nih ak terpkser la jgak walau dgn xrela hati untk ak jwb tag en.nasri y cute n cik Pijie...sdey bangat!!!

Rules and regulation :-
-Do not copy a
nswer.
-The tag question must be 100% the same.

-Tag people after doing tag.

1. Cik Peja Dada
2. en. Nasri
3. mr. Ajeb
4.Cik Reen
5.
Cik Pijie BJX
6. ajemi
7.
zulbella
8. SCHAfiee
9. syukor

The Questions

How do you know 1?
Bene 7 eleven

What would you did if you never meet 2?
repot kat cik Reen kate laki dier ilang!!!

What would y0u do if 3 and 4 dated you?
oh no!!!3 cam sengal sket, 4 nati ader y Mgamuk kang, x wat repot...

Would 5 and 6 make a good couple?

cecuai sgt2...couple ats hghway on d way balik klang n tg. Karang...

Do you think 7 is attractive?
oh man!!!mcm Nani..

Do you know anything about 8's family?
taw ckit...duk kt jln sudir...seram siot p umah dier...mcm dlm misteri Nusantara

Tell me something about 9?

Mister Dota Allstar

What language does 2 speak?
coding c++...ckap ikot code

Who is 3 going out with?
mcm2 pmpn..rmai sgt gurlz..blik umh pm dgn gurlz...


How old is number 4?

20 kot...tnyer cik nas

5?
muker cam mtang,cm owg tua...tp umo 20 thn bper bln ntah...

Who is 6's favourite singer?

pnynyi y nynyi lgu jiwang...

7?
pnynyi lgu bell2 bnyi loceng...

Is 8 single?
still avaible...tggu sjil ISO 2009

What's 9 last name?
sanTIQ del Emo0o0..

Would you consider being in a relationship with 1?
wo0o0o...gilo hapo...dh ader psonal life...

Which school does 2 go to?
MRSM SERTING...

What do like about no 3?
Bnyak mknan jajan dlm peti besi die..untng jdik rumateku...h0hohoho


p/s#- timer kasih krna men"TAG" kn aku...ku tag kmbli..

Sunday, January 18, 2009

Lagu Untukmu-Juara Lagu AJL 2008


Tiada bintang
Dapat menerangkan hati yang telah dicela
Bagai ku lumpuh tak mampu berdiri
Aku tetap begini takkan berubah kerna

Aku tetap aku dan alur hidup mu bukanlah aku
Guna hati akal dan fikiranku
Berbeza engkau dan juga aku
Dua hati yang tak mungkin bersatu
Adakah aku
Hanya boneka yang sering engkau mainkan

Yang dikawal oleh jari jarimu
Ku punya hati dan perasaan
Pernahkah engkau fikirkan
Cukup-cukuplah oh cukuplah
Guna hati akal dan fikiranmu
Berbeza engkau dan juga aku
Dua hati yang tak mungkin bersatu

Tak tahan tak tahan
Sabarku tak tertahan
Melayan sikapmu perawan

Berbeza berbeza
Kau dan aku berbeza
Kita memang tak serupa

Bebaskan
Ku ingin dilepaskan
Kita tidak sehaluan

Cukuplah sudahlah
Sampai disini sahaja
Hubungan kita berdua

Wednesday, January 14, 2009

Tak Bisa Memilihmu-The 6ixth Sense

The 6ixth Sense

Telah jauh terpisah, diriku dan dirimu,
Dalam ruang dan waktu,
Sendiriku jalani sepiku, tanpa dirimu,
Resahku tanpa hadirmu,
Sungguh berat hatiku untuk merasakannya

Salahku mencintai dirinya saat jauhku terpisah

Darimu,Dan hadirnya menyentuh hatiku,
Untuk cintainya,
Hatiku pun inginkannya,
Hingga runtuh setiaku kepada dirimu

Kusakiti hatimu yang tulus mencintaiku….

C/O
Maaf ku tak bisa memilih dirimu
Karena kuterhanyut mencintai dia
Inilah salahku yang memberi ruang
Didalam hatiku tuk mencintainya…

(terhanyut jiwa ini,terjatuh dihatinya)


Hancur Zionis!!!!


Semalam ak coba untuk menghadirkan diri aku dalam satu demonstrasi yang dianjurkan oleh kerajaan negri Melaka dengan disertai oleh pelbagai agensi kerajaan dan juga bkn kerajaan bagi menghimpunkan sebanyak 10,000 orang bagi memb
antah kekejaman israel terhadap sebuah negara yang sejak dari dulu bergolak, Palestin. Dgn bantuan sebanyak hampir 5000 penuntut di universiti ak (UTeM) dan juga para pelajar, pegawai kerajaan, bukan kerajaan, golongan belia negeri da sebagainya, maka, target untuk menghimpunkan 10000 suara itu sudah terlaksana. Namun begitu, adakah suara kita dari sebuah negara kecik ini mahu di dengar oleh dunia, oleh Israel, oleh Amerika syarikat? mahukah mereka mendengarnya? laungan Hancur Israel, hancur Bush, hancur Olmert, hati mati Israel dan sebagainya seakan sia-sia bila terusnya keluarnya berita yang mana Palestin terus di serang secara bertubi2. Ibarat seekor semut kecil bertempur dengan gergasi. Itulah gambaran Palestin. Hampir 1000 nyawa yang tidak berdosa terkorban dan 4000 lagi cedera parah..apakah nasib anak2 kecil palestin? mana masa depan mereka? ak sebak bila melihatkan satu Gambar yang memaparkan seorang anak kecil palestin terbunuh dalam serangan ganaz lagi tidak berperikemanusiaan Israel itu. apa mereka tiada langsung perasaan huminity itu? serangan yang sudah memasuki hari yang ke 18, namun tiada langsung tanda2 bahawa Israel akan Berhenti menggnas..ak masih ingat lagi, ucapan daripada Saudara Datuk Mukhriz Mahathir, serangan Israel itu tak bolh dikatan sebagai perang!! ini kerna, perang merupakan dua pasukan yang mempunyai latan perang, mempunyai pasukan yang lengkap, berada di satu tempat yang lapang dan mereka berperang.





Serangan Israel ini boleh dikatakan sebagai satu tindakan yang langsung tiada perikemanusiaan.Satu pencerobohan secara paksa yang mana telah melibatkan ribuan orang awam, kanak2, wanita, org tua yang tak berdosa menjadi mangsa. Israel sebenrnya langsung tiada wujudnya dalam peta dunia. Kaum yahudi ini dahulunya satu kaum yang begitu Beruntung kerna telah dikurniakan ramai nabi dan Rasul yang telah di utuskan kepada mereka bagi mengajaka ke arah jalan yang benar. akan tetapi, kerna sigfat mereka yang dari dahulunya sombong, angkuh dan bodoh lagi jhail, maka, mana mungkin mereka akan mengikut segala ajaran yang telah di bawakan oleh utusan Allah itu.inilah sifat yahudi. Zionis pula merupakah kaum Yahudi yang telah membuat satu perjanjian di Bukit zion yang mana dalam perjanjian itu, mereka telah berjanji akan merampas tanah Palesti walau macam mana cara sekalipun. Inilah sifat dan peragai orang yahudi. penuh dengan sifat kejam, jahil, tak berperikemanusiaan dan macm2 sifat mazmumah lagi sehinggkan tak terbilang segala sifat jahat mereka itu. Adakah misi meraka kali ini Untuk hapuskan terus rakyat Palestin di muka bumi Ini? Umum mengetahui bahawa di Palestin, terdapatnya Kiblat pertama umat islam sebelum Makkah sekarang iaitu Masjidil aqsa. Allah telah memuliakan 3 masjid di muka bumi ini selain daripada Masjidil Haram di Makkah, masjid nabawi di Madinah dan juga Masjidil Aqsa di Palesti. dahulunya umat Islam sembahyang dengan berkiblatkan Masjidil Aqsa di Palestin. diceritakan dalam sejarah islam, ketika Rasulullah SAW sedang bersembahyang Zohor dengan berkiblatkan Masjidil Aqsa, maka turunya Wahyu daripada Allah SWT yang meyuruh baginda berpaling dan manghadap Masjidil haram di Makkah. difahamkan bahawa Rasulullah SAW solat zohor yang mana 2 rakaat berkibtlatkan masjidil Aqsa dan 2 rakaat lagi berkiblatkan Masjidil Haram. Kini, masjid yang mana rasulullah SAW solat itu dikenali sebagai Masjid Qiblatain (Masjid 2 Kiblat)...itu sejarahnya...akan tetapi segalanya telah berubah sekarang...rakyat Palestin mnderita dan terseksa atas kekejaman Israel...yang tiada senjata hanya mampu membaling batu sahaja ke arah tentera Israel, Rejim Zionis itu...

Baru2 ini, pertubuhan Bangsa2 Bersatu (PBB) telah mengeluarkan satu resolusi yang membantah serangan Zionis itu dan menyeruh Zionis melakukan genjatan senjata, akan tetapi, seolah2 resolusi ini telah dipermain2 kan oleh Zionis dengan memperhebatkan lagi serangan mereka keatas semenanjung Gaza dan kini menhampiri Masjidil Aqsa untuk menwannya...mungkin tidak lama lagi umat Islam akan kehilangan salah satu bneda paling berharga kpd Umat islam dan apa yang pentingya adalah, benda itu adalah maruah umat ISlam itu sendiri. MAsjidil Aqsa itu adalah maruah umat ISlam. Mana perginya pertubuhan negara-negara Islam (OIC)???? mana fungsi kamu OIC bagi membantu umat islam Palesti. Ak begitu kagum dengan semngat beberapa pemuda Palestin yang turut sama dalam demonstrasi smalam, mereka merupakan segelintir pelajar dari negara Arab yang melanjutkan pelajaran di bumi malaysia yang bertuah ini...kata2 kutukan terhadap Olmert, bush, Zionis dalam bahasa arab mereka cukup keras kendengaran, semangat mereka cukup tebal. dalam diri mereka penuh rasa kebenciaan terhadap Israel dan sekutunya US.. munkin kita tidak mengerti degan begitu mnedalalm perasaan mereka, akan tetapi, semngat yang telah di tunjukkan olh mereka itu sungguh mengagumkan!!!! graet spirit!!!Allahuakbar!!!Allahuakbar!!!Allahuakbar...

" Ya Allah...Ak memohon kpdMu, selamatkanlah Palestin drpd kekejaman Zionis, hancurkanlah tentera Zionis itu seperti mana Engkau menghancurkan tentera Abrahah bergajah ketika menyerang kota Makkah dulu dgn burung Ababil...,Amin ya Allah"...

Malam Gala FIFA



Cristiano Ronaldo melengkapkan tahun 2008 d
engan noktah yang cukup gemilang. Pada malam isnin lalu, bertempat di Zurich, telah berlangsungnya malam gala FIFA 2008. Majlis yang penuh Gilang gemilang ini telah dihadiri Oleh Presiden FIFA sendiri, Sept Baltter, para pegawai FIFA, pemain, pengurus dan juga bekas pemain bola sepak masa lalu seprti Pele, Maradona, Franz Backanbeur dan ramai lagi. Cristiano Ronaldo yang memperoleh 935 mata melalui 136 undian berjaya mengatasi pemenang kedua tahun lalu, Lionel Messi dari Barcelona dan juga penyerang sensasi Liverpool dan Sepanyol, Fernando Torres di kedudukan kedua dan ketiga. Kaka, terbaik pada tahun lalu dan juga pemain terbaik kejohanan Eropah (EURO 2008), Xavi Hernandez pula masing2 melengkapkan senarai 5 pemain terbaik dunia tahun lalu. Ronaldo, pemain sayap Machester United berjaya membolot semua anugerah individu pada tahun 2008.Ronaldo yang baru sahaja ditabalkan selaku pemain terbaik Eropah menerusi anugerah Ballon d' Or baru2 ini, selain pemain terbaik dunia FIFpro, pemain terbaik England, pemain terbaik Liga juara-juara Eropah dan juga Penyerang Terbaik Liga Juara-juara Eropah selain daripada pemenang Anugerah Kasut Emas melalui 42 gol pada musim lepas. Ronaldo juga membantu pasukannya, Manchester United memenangi gelaran Liga Perdana Inggeris, Liga Juara-juara Eropah dan juga Kejohanan Kelab Dunia yang diadakan di Jepun baru2 ini. Pada Kejohanan tersebut Ronaldo telah dipilih selaku pemain kedua terbaik kejohanan yang mana Wayne Rooney telah memenanginya menerusi aksi yang menakjubkan sepanjang kejohanan tersebut.




Ronaldo sebelum Ini cuba di pancing oleh kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid namun pada Ogos lalu, beliau telah membuat keputusan untuk kekal di Old Trafford. Sebelum menerima anugerah Pemain Terbaik Dunia pada majilis tersebut, Ronaldo telah mendedikasikan anugerah tersebut kepada keluarganya selain daripada mengucapkan terima kasih kepada pengurusnya, Sir Alex Ferguson dan juga bekas jurulatih Portugal, Luiz Felipe Scolari kerana telah membantu mengembangkan bakatnya dalam bola sepak. Ronaldo suatu ketika dahulu telah memecahkan rekod perpindahan bagi pemain remaja yang mana Manchester United telah membayar 18 juta pound kepada Sporting Lisbon bagi mendapatkan khidmatnya. Ronaldo telah membuat penampilan pertamanya semasa Man. Utd menentang Bolton Wanderas di Old Trafford yang mana beliau telah masuk sebagai pemain gantian dan telah memukau penonton dengan gerakan pantas dan memukaunya sehinggakan beliau telah menerima tepukan gemuruh daripada penyokong selepas perlawanan.
Pada awal musim ini, beliau telah ditimpa kecederaan yang mana memaksanya berehat selama hampir dua bulan. Musim ini beliau telah menjaringkan 9 gol, yang mana jaringan tersebut adalah separuh berbanding jaringannya sehingga waktu ini pada musim lepas.

p/s* Peja dapat anugerah Pemain Terbaik Hoki UTeM 2008...bangger3..clap36x

Sunday, January 11, 2009

HitAm dAn pUtiH...

hurmmm...hari Nih mmg rase sikit buhsan..yela,xtaw nak wat paper kan..well, ngah ak dok belek2 pc ak nih, trjumpa la ak bbrpa gmbar y mnrik phatianku..gmba itam putih..cantik pd mata ak...lgpom memg ak minat kaler Hitm Puth nih..well,its look nice...sejuk rasa..>wawawah<...so ak rse nk kgsi la ngan korg psal gmbr nih...hmmm....hari y mbsankan bg ak..hohohoho!!!!jumpa lagi.....



awek peja (bukan nama sbnar) bunh diri???




p/s* faizal ( bukan nma sbnr) sedang dilanda bahagia...tahniah3..

MAUT!!!!

Haluuu...salam sumer..ahaa..kali nie ak nk sentuh plak sal filem baru yang akan menjengah pawagam tidak lama lagi iaiu filem Maut. Mendengar sahaja tajuk filem ini membuatkan ak rasa ada sesuatu y menarik dalam filem ini...walaupun banyak filem melayu yang jarang ada kualitinya kerna kita asyik disuap dengan pelabagai komedi yang membosankan, seram yang tak logik dan sebagainya...kononya produser filem di negara kita ini ingin mghsilkan filem se gah Hollywood dan juga Bollywood...hmmm...macam filem Cicakman, bile menonton dier Nyer promo pyela gempak sampai anak buah aku bebrapa kali nak tgk dier pnyer d making of...(masa tuh xkua ag cte tuh kat wayang)...tapi bile kua jer,kurg mndapat sambutan seperti y d wawarkan oleh pihak media..member ak tgk la Cicakman 2: Planet Hitam, die ckap Cicakman 1 lagey besh...lagi gempak..ntahlorh...ok..straight to da points, dah banyak ak myimpang dr tajuk asal nih, pasal filem maut, filem arahan Bade Hj Azmi, y juga merupakn suami kpd plakon dan pengarah Erma Fatima ini mengetengahkan unsur ketuhanan dalam buah tangan terbaru beliau ini...Filem yang dibintangi oleh beberpa nama besar dalam industri tanah air seprti Que haidar, Liyana Jasmay dan juga Sabrina selain beberapa pelakon y berpengalaman mampu untuk mengangkat darjat filem ini setanding filem2 Box Office yang lain..


antara babak dlm filem Maut


Poster filem Maut

Walaupun pada hakikatnya filem yang berunsur sebegini jarang mendpat tempat d hati para remaja y lebih cenderung pda filem genre aksi dan sebagainya, nmun, ak rasa melalui filem sebegini ianya sedikit sebanyak mampu untuk meleraikan beberpa persoalan tentg khidupan remaja pada masa skrg...tentg konflik dlaman remaja itu sendri..yang mana bimbingan daripada org y lbih tua dalah d perlukan...so, nantikan kmunculan filem ini d pawagam pd 15 januari nanti..hohooho...kat bawah nih ak letak sedikit sinopsis filem Nih..yg Mana dlm filem nih ada 3 buah kisah yang akan berkait rapat ant satu y lain..cam filem Sepi n Cinta arahan Khabir Bhatia la plak...cume tema y berlainan...so,kite enjoy!!!!!

Cerita 1:

Su seorang pelajar universiti yang didatangi seorang gadis, Fadilah. Fadilah meminta untuk menumpang teduh kerana hari sudah malam dan begnya telah diragut. Namun, keesokan harinya Fadilah telah tiada dan Su melihat berita kehilangan Fadilah di televisyen.

Cerita 2:

Farah, seorang pramugari yang berkahwin dengan Duke, jejaka Inggeris. Mereka yang hidup penuh bebas akhirnya bergaduh kerana Farah cemburu melihat Duke dan perempuan lain. Farah terus meninggalkan Duke.

Cerita 3:

JJ seorang lelaki yang telah hilang pegangan agamanya. Dia yang terlibat dengan gejala Black Metal langsung tidak mengendahkan teguran ibu dan kakaknya. Akhirnya dia terlibat dalam kemalangan dan JJ cedera parah.



p/s* ak ngah tunggu filem dragon ballz buln mac nti...tgk cmner goku kuarkn abugen dier...ni bkn krtoon,tp real pnyer..ahaaaa...

Saturday, January 10, 2009

Upin Ipin & Kawan2...

Ahaaa...xlama lagi filem Geng akan Kuar..kalo sebut filem Geng mungkin ramai org tak tahu kot...senang citer filem tuh ialah filem upin ipin...siri animasi 3D pertama yang di buat oleh anak watan kita...bangger tuh..pembikinan filem agak lama jugak...yela, nk create citer tuh atas story board ag, nk lukis ag n then nak masuk animasi ag...kat bawah nih ader la ak letak beberapa gambar upin ipin..besh jgak kalu jdikan Wallpaper pc kowang..cute g2!!!hahahaha...



p/s* nanti ramai2 pakat tgk wayang citer neh..ahaa...12/2/2009....pengembaraan upin n Ipin...wahahahaha!!!!!!!!website Upin ipin...http://www.upindanipin.com.my/

Friday, January 9, 2009

4 kediaman termewah

Villa La Leopolda
Lokasi: Cap Ferrat, Perancis

Nilai semasa: RM1.6 bilion

KEDIAMAN Roman Abramovich, pemilik kelab bola sepak Chelsea, diisytiharkan yang termewah di dunia kerana dibeli dengan harga RM1.6 bilion. Keputusan membeli villa di atas bukit mengadap French Riviera itu dibuat selepas jutawan Russia itu terpaut dengannya ketika bersiar-siar di kawasan berkenaan bersama teman wanitanya, Daria Zhukova.

Villa berwarna krim bergelar La Leopolda itu bukan saja dikenali kerana panorama menakjubkan laut selatan Perancis, tetapi juga terletak di kawasan kaya alam semula jadi selain di kawasan itu turut dibina rumah peranginan Villefranche.

Seramai 50 tukang kebun diupah untuk menyelenggarakan landskap seluas 8 hektar yang ditanam dengan 1,200 pokok saru, zaitun, limau dan lemon.

Pemilik sebelumnya termasuk tokoh perbankan terkemuka mendiang Edmund Safra; pengasas Microsoft, Bill Gates dan hartawan perusahaan kereta Fiat, Gianni Agnelli.

Asalnya, villa ini dibina untuk perempuan simpanan Raja Belgium, King Leopold II. Namun, pada 1916 ketika perang dunia pertama, anak saudara juga pewarisnya, King Albert I mengubah fungsi kediaman itu menjadi hospital pegawai tentera yang cedera dalam pertempuran.

Setiap bulan, Abramovich perlu membayar kira-kira RM94 juta untuk gadai janjinya.

Ini bukan kali pertama dia membeli hartanah kerana sebelum ini, dia turut memiliki Chateau de la Croe yang terletak tidak jauh dari La Leopolda, bernilai RM94 juta. Kediaman ini dulunya dihuni bekas monarki British, Duke of Windsor yang melarikan diri dengan Wallace Simpson pada 1938.

Abramovich juga pemilik hartanah di Knightsbridge, Sussex dan Russia.


Updown Court Windlesham (gambar atas sebelah kanan)

Lokasi: Surrey, England

Nilai semasa: RM458 juta

Luas kediaman: 60,000 kaki persegi

DITAWARKAN untuk jualan pada 2005. Kediaman 103 buah bilik yang dibina di atas tanah seluas 23.2 hektar ini menyajikan panorama berlandskap dan hutan kecil.

Terletak di pinggir desa yang menampilkan pemandangan alam semula jadi, kelebihan ini mengundang fantasi buat penghuninya terutama yang mengimpikan kehidupan cerita dongeng kanak-kanak.

Selain lobi dan dewan tari-menari yang tersergam indah, rumah agam ini turut menyediakan bilik panik, sebuah gelanggang skuasy, sebuah pusat boling, lapangan helikopter mendarat, pawagam memuatkan 50 penonton, garaj bagi lapan limosin manakala laluan masuk ke rumah dilitupi marmar sekali gus menguatkan lagi ciri mewahnya.

Dua puluh dua daripada 103 bilik adalah bilik tidur dilengkapi kamar mandi berkemasan jubin

.

Starwood/Hala Ranch

Lokasi: Aspen, Colorado, Amerika Syarikat

Nilai semasa: RM448 juta

Luas kediaman: 56,000 kaki persegi

DIILHAMKAN daripada perkataan Arab ‘Ahalan’ yang bermaksud selamat datang, Hala Ranch yang juga dikenali sebagai Starwood Ranch adalah kediaman terbesar di barat Amerika Syarikat dan kedua terbesar seluruh dunia.

Sebelum ini, Hala Ranch milik duta Arab Saudi yang ditugaskan di Amerika Syarikat, Putera Bandar bin Sultan. Namun, kini terpaksa dijual kerana putera itu menjawat jawatan baru sebagai kaunselor keselamatan negara di tanah airnya, Arab Saudi.

Menakjubkan kerana luas bahagian tengahnya saja mampu menyaingi ukuran Rumah Putih. Kediaman ini menawarkan 15 bilik tidur dengan setiap satunya berkembar patio bersama 16 bilik air.

Lif dibina bagi pengunjung menjelajah seisi rumah yang ditunjangi hiasan dalaman dan kemasan daripada kayu mahogani, gangsa selain tingkap kaca berwarna.

Bilik tetamu dibina bersambung dengan taman dalam rumah yang mengandungi kolam renang dan air terjun buatan selain diberi jaminan keselamatan menerusi sistem penggera canggih.

Maison de L'Amitie

Lokasi: Palm Beach, Florida, Amerika Syarikat

Nilai semasa: RM415 juta

Luas kediaman: 43,000 kaki persegi

RUMAH agam ini dibeli Donald Trump pada 2004 dalam satu lelongan dengan harga RM136 juta. Pemilik asalnya ialah bekas eksekutif kesihatan, Abe Gosman.

Kediaman mengagumkan ini menawarkan dewan tari-menari, rumah pemuliharaan (konservatori) selain sebuah kolam renang sepanjang 100 kaki.

Trump menetapkan harga jualan semula sejumlah RM125 juta. Matlamatnya ialah memecahkan rekod syarikat hartanah Ron Perelman yang berjaya menjual rumah termahal di Palm Beach Florida pada 2004 dengan nilaian RM232 juta.

p/s* Umah peja lagi gempak...anggaran awal dalam $9 Billion...siap ada padang golf ag dalam towh..nak g toilet pom kena naek bas bertiket..hohoho...tapi peja low profile...tak tunjuk kekayaannya kpd sesiapa..huhuhuhu....

Rahsia Syaitan Terbongkar!!!!

Dialog Rasulullah SAW Dengan Iblis
Allah SWT telah memerintahkan seorang Malaikat berjumpa Iblis supaya dia berjumpa dengan Rasulullah saw untuk memberitahu segala rahsianya; samada yang disukai mahupun yang dibencinya. Hikmatnya ialah untuk meninggikan darjat Nabi Muhammad saw dan juga sebagai peringatan dan perisai kepada umat manusia.

Maka Malaikat itu pun berjumpa Iblis dan berkata, "Hai Iblis! Bahawa Allah Yang Maha Mulia dan Maha Besar menyuruh engkau menghadap ke hadrat Rasullullah saw. Hendaklah engkau buka segala rahsia engkau dan apa-apa yang disoal oleh Rasulullah hendaklah engkau jawab dengan sebenar-benarnya. Jikalau engkau berdusta walau satu perkataan pun, nescaya akan diputuskan segala suku-suku anggota badanmu, uratmu serta disiksa dengan azab yang amat keras."

Demi mendengar sahaja kata Malaikat yang dahsyat itu, Iblis sangat ketakutan. Maka segeralah dia menghadap Rasulullah saw dengan menyamar sebagai seorang tua yang buta sebelah matanya dan berjanggut putih 10 helai; panjangnya seperti ekor lembu.

Iblis pun memberi salam, sehingga 3 kali tidak juga dijawab oleh Rasulullah saw.
Maka sembah Iblis (alaihi laknat), "Ya Rasulullah! Mengapa tuan hamba tidak mejawab salam hamba? Bukankah salam itu sangat mulia di sisi Allah?"

Maka jawab Nabi dengan marah, "Hai Aduwullah seteru Allah! Kepada aku engkau menunjuk baikmu? Jangan engkau cuba hendak tipu aku sebagaimana engkau tipu Nabi Adam a.s sehingga keluar dari syurga, Habil mati teraniaya dibunuh Qabil dengan sebab hasutan engkau, Nabi Ayub engkau tiup dengan asap racun ketika dia sedang sujud sembahyang hingga dia sengsara beberapa lama, kisah Nabi Daud dengan perempuan Urya, Nabi Sulaiman meninggalkan kerajaannya kerana engkau menyamar sebagai isterinya dan begitu juga beberapa Anbiya dan pendita yang telah menanggung sengsara akibat hasutan engkau.

Hai Iblis! Sebenarnya salam itu sangat mulia di sisi Allah azza wajalla, cuma salam engkau saja aku tidak hendak menjawabnya kerana diharamkan Allah. Maka aku kenal baik-baik engkaulah Iblis, raja segala iblis, syaitan dan jin yang menyamar diri. Apa kehendak engkau datang berjumpa aku?"

Sembah Iblis, "Ya Nabi Allah! Janganlah tuan hamba marah. Kerana tuan adalah Khatamul Anbiya maka tuan dapat kenal akan hamba. Kedatangan hamba adalah disuruh Allah untuk memberitahu segala tipu daya hamba terhadap umat tuan dari zaman Nabi Adam hingga akhir zaman.

Ya Nabi Allah! Setiap apa yang tuan tanya hamba sedia menerangkan satu persatu dengan sebenarnya, tiadalah hamba berani sembunyikan."

Maka Iblis pun bersumpah menyebut nama Allah dan berkata, "Ya Rasulullah! Sekiranya hamba berdusta barang sepatah pun nescaya hancur leburlah badan hamba menjadi abu."

Apabila mendengar sumpah Iblis itu, Nabi pun tersenyum dan berkata dalam hatinya, inilah satu peluang aku untuk menyiasat segala perbuatannya agar didengar oleh sekelian sahabat yang ada di majlis ini dan menjadi perisai kepada sekelian umatku.

Soalan Nabi (1): "Hai Iblis! Siapakah sebesar-besar musuh engkau dan bagaimana aku terhadap engkau?"
Jawab Iblis: "Ya Nabi Allah! Tuanlah musuh hamba yang paling besar di antara segala musuh hamba di muka bumi ini."
Maka Nabi pun memandang muka Iblis, dan Iblis pun mengeletar kerana ketakutan.
Sambung Iblis, "Ya Khatamul Anbiya! Ada pun hamba dapat merupakan diri hamba seperti sekelian manusia, binatang dan lain-lain hingga rupa dan suara pun tidak salah sepertinya, kecuali diri tuan sahaja yang tidak dapat hamba tiru kerana ditegah oleh Allah. Kiranya hamba menyerupai diri tuan, maka terbakarlah diri hamba menjadi abu. Hamba cabutkan iktikad anak Adam supaya menjadi kafir kerana tuan berusaha memberi nasihat dan pengajaran supaya mereka kuat untuk memeluk agama Islam; begitu jugalah hamba berusaha menarik mereka kepada kafir, murtad atau munafik. Hamba akan tarik sekelian umat Islam dari jalan benar kepada jalan yang salah supaya masuk ke dalam neraka dan kekal di dalamnya bersama hamba."

Soalan Nabi (2): "Hai Iblis! Betapa perbuatanmu kepada makhluk Allah?"
Jawab Iblis: "Adalah satu kemajuan bagi perempuan yang merenggangkan kedua pehanya kepada lelaki yang bukan suaminya, setengahnya hingga mengeluarkan benih yang salah sifatnya. Hamba goda segala manusia supaya meninggalkan sembahyang, leka dengan makan minum, berbuat durhaka, hamba lalaikan dengan harta benda daripada emas, perak dan permata, rumahnya, tanahnya, ladangnya supaya hasilnya dibelanjakan ke jalan haram.

Demikian juga ketika temasya yang bercampur lelaki perempuan. Di situ hamba lepaskan sebesar-besar godaan supaya hilang maruah dan minum arak. Apabila terminum arak itu maka hilanglah akal, fikiran dan malunya. Lalu hamba hulurkan tali cinta dan terbukalah beberapa pintu maksiat yang besar, datang perasaan hasad dengki hingga kepada pekerjaan zina. Apabila terjadi kasih antara mereka, terpaksalah mereka mencari wang hingga menjadi penipu, peminjam dan pencuri.

Apabila mereka teringat akan salah mereka lalu hendak bertaubat atau amal ibadat, hamba akan galang mereka supaya mereka menangguhkannya. Bertambah keras hamba goda supaya menambahkan maksiat dan mengambil isteri orang. Bila kena goda hatinya, datanglah rasa riak, takbur, megah, sombong dan melengahkan amalnya. Bila pada lidahnya, mereka akan gemar berdusta, mencela dan mengumpat. Demikianlah hamba goda mereka setiap saat."

Soalan Nabi (3): "Hai Iblis! Mengapa engkau bersusah payah dan berpenat melakukan pekerjaan yang tidak mendatangkan faedah bahkan menambahkan laknat yang besar serta siksa yang besar di neraka yang paling bawah? Hai kutuk Allah! Siapa yang menjadikan engkau? Siapa yang melanjutkan usia engkau? Siapa yang menerangkan mata engkau? Siapa yang memberi pendengaran engkau? Siapa yang memberi kekuatan anggota badan engkau?"

Jawab Iblis: "Sekelian itu adalah anugerah daripada Tuhan Yang Maha Besar juga. Tetapi hawa nafsu dan takbur menceburkan hamba menjadi sebesar-besar jahat. Tuan lebih tahu bahawa hamba telah beribu-ribu tahun menjadi ketua kepada sekelian Malaikat dan pangkat hamba telah dinaikkan dari satu langit ke satu langit yang tinggi. Kemudian hamba tinggal di dunia ini beribadat bersama sekelian Malaikat beberapa lama. Tiba-tiba datang firman Allah SWT hendak menjadikan seorang Khalifah di dunia ini, maka hamba pun membantah. Lalu Allah mencipta lelaki (Nabi Adam) lalu dititahkan sekelian Malaikat memberi hormat kepada lelaki itu, kecuali hamba yang ingkar.

Oleh itu Allah murka kepada hamba dan muka hamba yang cantik molek dan bercahaya itu bertukar menjadi keji dan hodoh. Hamba berasa sakit hati. Kemudian Allah menjadikan Adam raja di syurga dan dikurniakan seorang permaisuri (Siti Hawa) yang memerintah sekelian bidadari. Hamba bertambah dengki dan berdendam kepada mereka. Akhirnya dapat juga hamba tipu melalui Siti Hawa yang menyuruh Adam memakan buah Khuldi, lalu keduanya dihalau dari syurga ke dunia. Kedua mereka berpisah beberapa tahun dan kemudian dipertemukan Allah (di Padang Arafah), hingga mereka mendapat beberapa orang anak. Kemudian kami hasut anak lelakinya Qabil supaya membunuh saudaranya Habil. Itu pun hamba masih tidak puas hati dan berbagai tipu daya hamba lakukan hingga Hari Kiamat. Sebelum tuan lahir ke dunia, hamba serta bala tentera hamba dengan mudah dapat naik ke langit untuk mencuri segala rahsia serta tulisan yang menyuruh manusia berbuat ibadat serta balasan pahala dan syurga mereka. Kemudian hamba turun ke dunia, dan memberitahu manusia yang lain daripada apa yang sebenarnya hamba dapat, dengan berbagai tipu daya hingga tersesat dengan berbagai kitab bidaah dan karut-marut.

Tetapi apabila tuan lahir sahaja ke dunia ini, maka hamba tidak dibenarkan oleh Allah untuk naik ke langit serta mencuri rahsia, kerana banyak Malaikat yang menjaga di setiap lapisan pintu langit. Jika hamba berkeras juga hendak naik, maka Malaikat akan melontar dengan anak panah daripada api yang menyala. Sudah banyak bala tentera hamba yang terkena lontaran Malaikat itu dan semuanya terbakar menjadi abu. Maka besarlah kesusahan hamba dan tentera hamba untuk menjalankan tugas hasutan."

Soalan Nabi (4): "Hai Iblis! Apakah yang pertama engkau tipu akan manusia?"
Jawab Iblis: "Pertama sekali hamba palingkan iktikadnya, imannya kepada kafir sama ada dari segi perbuatan, perkataan, kelakuan atau hatinya. Jika tidak berjaya juga, hamba akan tarik dengan cara mengurangkan pahala. Lama-kelamaan mereka akan terjerumus mengikut kemahuan jalan hamba"

Soalan Nabi (5): "Hai Iblis! Jika umatku sembahyang kerana Allah, bagaimana hal engkau?"
Jawab Iblis: "Sebesar-besar kesusahan kepada hamba. Gementarlah badan hamba dan lemah tulang sendi hamba. Maka hamba kerahkan berpuluh-puluh iblis datang menggoda seorang manusia, pada setiap anggota badannya. Setengah-setengahnya datang pada setiap anggota badannya supaya malas sembahyang, was-was, terlupa bilangan rakaatnya, bimbang pada pekerjaan dunia yang ditinggalkannya, sentiasa hendak cepat habis solat, hilangkan khusyuknya - matanya sentiasa menjeling ke kiri kanan, telinganya sentiasa mendengar orang bercakap serta bunyi-bunyi yang lain. Setengah Iblis duduk di belakang badan orang yang sembahyang itu supaya dia tidak kuasa sujud lama-lama, penat atau duduk tahiyat dan dalam hatinya sentiasa hendak cepat habis sembahyang, itu semua membawa kepada kurang pahala. Jika para Iblis itu tidak dapat menggoda manusia itu, maka hamba sendiri akan menghukum mereka dengan seberat-berat hukuman."

Soalan Nabi (6): "Jika umatku membaca Al-Quran kerana Allah, apalah rasa engkau?"
Jawab Iblis: "Jika mereka membaca Al-Quran kerana Allah, maka rasa terbakarlah tubuh hamba, putus-putus segala urat hamba lalu hamba lari daripadanya."

Soalan Nabi (7): "Jika umatku mengerjakan haji kerana Allah, bagaimana rasa engkau?"
Jawab Iblis: "Binasalah diri hamba, gugurlah daging dan tulang hamba kerana mereka telah mencukupkan rukun Islamnya."
Soalan Nabi (8): "Jika umatku berpuasa kerana Allah, bagaimana hal engkau?"
Jawab Iblis: "Ya Rasulullah! Inilah bencana yang paling besar bahayanya kepada hamba. Apabila masuk awal bulan Ramadhan, maka memancarlah cahaya Arasy dan Kursi, bahkan sekelian Malaikat menyambut dengan kesukaan. Bagi orang yang berpuasa, Allah akan mengampunkan segala dosa yang lalu dan digantikan dengan pahala yang amat besar serta tidak dicatatkan dosanya selama dia berpuasa. Yang menhancurkan hati hamba ialah segala isi langit dan bumi; yakni Malaikat, bulan, bintang, burung dan ikan-ikan semuanya siang malam mendoakan keampunan orang yang berpuasa. Satu lagi kemuliaan orang berpuasa ialah dimerdekakan pada setiap masa dari azab neraka. Bahkan semua pintu neraka ditutup manakala semua pintu syurga dibuka seluas-luasnya, serta dihembuskan angin dari bawah Arasy yang bernama Angin Syirah yang amat lembut ke dalam syurga. Pada hari umat tuan mula berpuasa, dengan perintah Allah datanglah sekelian Malaikat dengan garangnya menangkap hamba dan tentera hamba; jin, syaitan dan ifrit lalu dipasung kaki dan tangan dengan besi panas dan dirantai serta dimasukkan ke bawah bumi yang amat dalam. Di sana pula beberapa azab yang lain telah menunggu kami." "Setelah habis umat tuan berpuasa barulah hamba dilepaskan dengan amaran agar tidak mengganggu umat tuan. Umat tuan sendiri telah merasa ketenangan berpuasa seperti mana mereka bekerja dan bersahur seorang diri di tengah malam tanpa rasa takut berbanding bulan biasa."

Soalan Nabi (9): "Hai Iblis! Bagaimana sekelian sahabatku kepada engkau?"
Jawab Iblis: "Sekelian sahabat tuan hamba juga adalah sebesar - besar seteru hamba. Tiada upaya hamba melawannya dan tiada satu tipu daya yang dapat masuk kepada mereka. Kerana tuan sendiri telah berkata yang, "Sekelian sahabatku adalah seperti bintang di langit, jika kamu mengikut mereka, maka kamu akan mendapat petunjuk."

Saidina Abu Bakar al-Siddiq sebelum bersama tuan lagi, hamba tidak dapat hampir kepadanya, inikan pula setelah berdamping dengan tuan. Beliau begitu percaya atas kebenaran tuan hingga dia menjadi wazirul a'zam. Bahkan tuan sendiri telah mengatakan jika ditimbang sekelian isi dunia ini dengan amal kebajikan Abu Bakar, maka akan lebih berat amal kebajikan Abu Bakar. Tambahan pula dia telah menjadi mertua tuan kerana tuan berkahwin dengan anaknya, Saiyidatina Aisyah yang juga banyak menghafaz Hadis tuan.

Saidina Umar Al-Khattab pula tidaklah berani hamba pandang akan wajahnya kerana dia sangat keras menjalankan hukum syariat Islam dengan saksama. Jika hamba pandang wajahnya, maka gementarlah segala tulang sendi hamba kerana sangat takut. Ini kerana imannya sangat kuat apalagi tuan telah mengatakan, "JIKALAU adanya Nabi sesudah aku maka Umar boleh menggantikan aku", kerana dia adalah orang harapan tuan serta pandai membezakan antara kafir dan Islam hingga digelar 'Al-Faruq'.

Saidina Usman Al-Affan lagi hamba tidak boleh hampir, kerana lidahnya sentiasa bergerak membaca Al-Quran. Dia penghulu orang sabar, penghulu orang mati syahid dan menjadi menantu tuan sebanyak dua kali. Kerana taatnya, banyak Malaikat datang melawat dan memberi hormat kepadanya kerana Malaikat itu sangat malu kepadanya hingga tuan mengatakan, "Barang siapa menulis Bismillahir rahmanir rahim pada kitab atau kertas-kertas dengan dakwat merah, nescaya mendapat pahala seperti pahala Usman mati syahid."

Saidina Ali Abi Talib pun itu hamba sangat takut kerana hebatnya dan gagahnya dia di medan perang, tetapi sangat bersopan, alim orangnya. Jika iblis, syaitan dan jin memandang beliau, maka terbakarlah kedua mata mereka kerana dia sangat kuat beribadat serta beliau adalah budak pertama memeluk agama Islam dan tidak pernah menundukkan kepalanya kepada sebarang berhala. Digelar 'Ali Karamullahu Wajhahu' - dimuliakan Allah akan wajahnya dan juga 'Harimau Allah' dan tuan sendiri berkata, "Akulah negeri segala ilmu dan Ali itu pintunya." Tambahan pula dia menjadi menantu kepada tuan, lagilah hamba ngeri kepadanya."

Soalan Nabi (10): "Bagaimana tipu daya engkau kepada umatku?"
Jawab Iblis: "Umat tuan itu ada tiga macam.
Yang pertama seperti hujan dari langit yang menghidupkan segala tumbuhan iaitu ulama yang memberi nasihat kepada manusia supaya mengerjakan perintah Allah serta meninggalkan laranganNya seperti kata Jibrail a.s, "Ulama itu adalah pelita dunia dan pelita akhirat."

Yang kedua umat tuan seperti tanah iaitu orang yang sabar, syukur dan redha dengan kurniaan Allah. Berbuat amal soleh, tawakal dan kebajikan.

Yang ketiga umat tuan seperti Firaun; terlampau tamak dengan harta dunia serta dihilangkan amal akhirat. Maka hamba pun sukacita lalu masuk ke dalam badannya, hamba putarkan hatinya ke lautan derhaka dan hamba hela ke mana sahaja mengikut kehendak hamba. Jadi dia sentiasa bimbang kepada dunia dan tidak hendak menuntut ilmu, tiada masa beramal ibadat, tidak hendak mengeluarkan zakat, miskin hendak beribadat. Lalu hamba godanya minta kaya dulu, dan apabila diizinkan Allah dia menjadi kaya, maka dilupakan beramal, tidak berzakat seperti Qarun yang tenggelam dengan istana mahligainya. Bila umat tuan terkena penyakit tidak sabar dan tamak, dia sentiasa bimbang akan hartanya dan setengahnya asyik hendak merebut dunia harta, cakap besar sesama Islam, benci dan menghina kepada yang miskin, membelanjakan hartanya untuk jalan maksiat, tempat judi dan perempuan lacur."

Soalan Nabi (11): "Siapa yang serupa dengan engkau?"
Jawab Iblis: "Orang yang meringankan syariat tuan hamba dan membenci orang belajar agama Islam."
Soalan Nabi (12): "Siapa yang mencahayakan muka engkau?"
Jawab Iblis: "Orang yang berdosa, bersumpah bohong, saksi palsu, pemungkir janji."
Soalan Nabi (13): "Apakah rahsia engkau kepada umatku?"
Jawab Iblis: "Jika seorang Islam pergi buang air besar serta tidak membaca doa pelindung syaitan, maka hamba gosok-gosokkan najisnya sendiri ke badannya tanpa dia sedari."

Soalan Nabi (14): "Jika umatku bersatu dengan isterinya, bagaimana hal engkau?"
Jawab Iblis: "Jika umat tuan hendak bersetubuh dengan isterinya serta membaca doa pelindung syaitan, maka larilah hamba dari mereka. Jika tidak hamba akan bersetubuh dahulu dengan isterinya, dan bercampurlah benih hamba dengan benih isterinya. Jika menjadi anak maka anak itu akan gemar kepada pekerjaan maksiat, malas pada kebaikan, durhaka. Ini semua kerana kealpaan ibu bapanya sendiri. Begitu juga jika mereka makan tanpa membaca Bismillah, hamba yang dahulu makan daripadanya. Walaupun mereka makan, tiadalah rasa kenyang."

Soalan Nabi (15): "Dengan jalan apa boleh menolak tipu daya engkau?"
Jawab Iblis: "Jika dia berbuat dosa, maka dia kembali bertaubat kepada Allah, menangis kesal akan perbuatannya. Apabila marah segeralah mengambil air sembahyang, maka padamlah marahnya."

Soalan Nabi (16): "Siapakah orang yang paling engkau lebih suka?"
Jawab Iblis: "Lelaki dan perempuan yang tidak mencukur atau mencabut bulu ketiak atau bulu ari-ari (bulu kemaluan) selama 40 hari. Di situ lah hamba mengecilkan diri, bersarang, bergantung, berbuai seperti pijat pada bulu itu."

Soalan Nabi (17): "Hai Iblis! Siapakah saudara engkau?"
Jawab Iblis: "Orang yang tidur meniarap, orang yang matanya celik di waktu subuh tetapi menyambung tidur semula. Lalu hamba ulit dia lena hingga terbit fajar. Demikian jua pada waktu zohor, asar, maghrib dan isyak, hamba beratkan hatinya untuk solat."

Soalan Nabi (18): "Apakah jalan yang membinasakan diri engkau?"
Jawab Iblis: "Orang yang banyak menyebut nama Allah, bersedekah dengan tidak diketahui orang, banyak bertaubat, banyak tadarus Al-Quran dan solat tengah malam."

Soalan Nabi (19): "Hai Iblis! Apakah yang memecahkan mata engkau?"
Jawab Iblis: "Orang yang duduk di dalam masjid serta beriktikaf di dalamnya"
Soalan Nabi (20): "Apa lagi yang memecahkan mata engkau?"
Jawab Iblis: "Orang yang taat kepada kedua ibubapanya, mendengar kata mereka, membantu makan pakai mereka selama mereka hidup, kerana tuan telah bersabda, 'Syurga itu di bawah tapak kaki ibu'"

Soalan Nabi (21): "Hai Iblis ! Apa pula yang dapat merantai engkau ?"
Jawab Iblis: "Iaitu orang yang berjual atau berniaga dengan betul timbangan, sukatan, ukuran dan tukarannya".
Soalan Nabi (22):"Hai Iblis ! Apabila umatku memberi salam satu dengan lain, bagaimana keadaan engkau ?"
Jawab Iblis: "Apabila bertemu dua orang di tengah perjalanan memberi salam dan dijawab oleh rakannya, maka pecahlah dada hamba rasanya, maka hambapun meratap kerana keduanya mendapat keampunan apabila kedua-duanya berpisah untuk urusan masing-masing"

Soalan Nabi (23):"Hai Iblis ! Siapa pula sahabat yang paling hampir dengan engkau ?"
Jawab Iblis: "Iaitu orang yang meminum arak, tuak atu dadah kerana bahayanya telah jelas membawa pepecahan, perkelahian dan perceraian".

Soalan Nabi (24):"Hai Iblis ! Siapa pula yang bersekutu dan bersekedudukan dengan engkau ?"
Jawab Iblis: "Iaitu apabila bertemu lelaki dengan perempuan muda, maka hamba duduk pada leher perempuan-perempuan muda itu , hamba hiaskan mukanya dengan jelingan dan senyuman yang menarik hati. Apabila dipandang belakangnya maka terpandang lehernya yang halus dengan pinggang dan punggung yang bergerak-gerak yang membangkitkan nafsu. Manakala di pandang depannya, hamba hiaskan dadanya dengan bergerak-gerak kedua kuntum yang melekat pada dadanya, lalu hamba panah pada jantung hati keduanya atau salah satu daripadanya hingga bergerak-gerak keinginan nafsu syahwatnya. Apabila orang tersebut tidak memelihara hatinya, nescaya tidak terpeliharalah farajnya (kemaluannya). Sesiapa yang tidak memelihara kemaluannya nescaya tiadalah terpelihara imannya".

Soalan Nabi (25):"Hai Iblis ! Di mana tempat engkau diam ?"
Jawab Iblis: "Iaitu pada rumah-rumah berhala dan pada batu, kayu dsb. Apabila mereka menyembah selain daripada Allah, maka hamba cenderungkan hati mereka supaya bertambah yakin pada perbuatan yang syirik. Berapa ramai umat tuan yang telah hamba pesongkan masuk ke rumah berhala Majusi dan Hindu itu menunjukkan bertapa nipisnya iman mereka".

Soalan Nabi (26):"Hai Iblis ! Di mana tempat perhimpunan engkau ?"
Jawab Iblis: "Iaitu tiap-tiap rumah wayang dan tempat menari dan seumpamanya seperti tempat percampuran di antara lelaki dan perempuan".

Soalan Nabi (27):"Hai Iblis ! Aku lihat engkau mengintai-intai di dalam masjid, apakah yang engkau buat ?"
Jawab Iblis: "Hamba hendak mengacau dan merosakkan orang solat di situ, tetapi hamba sangat atkut kepada seorang yang sedang tidur di situ".

Maka tanya nabi : "Kenapa engkau tidak takut kepada orang yang solat padahal dia dalam solat dan bermunajat kepada Allah SWT. Mengapa engkau takut kepada orang yang tidur di sebelahnya, padahal dia di dalam lai dan tidak memandanga suatu apapun (tidak sedar) ?"

Jawab Iblis: "Orang yang sedang solat itu bodoh dan jahil, jika hamba hendak rosakkan solatnya itu sangat mudah, tetapi orang yang tidur itu sangat alim. Hamba takut ketika hamba mengoda dan merosakkan solat orang jahil itu, kalau-kalau orang alim itu tersedar lalu menegur dan membetulkan solat si jahil tersebut".

Soalan Nabi (28):"Hai Iblis ! Apakah puji-pujian engkau ?"
Jawab Iblis: "Iaitu suara orang yang menyanyi-yanyi dan berpantun seloka dan suara bunyi-bunyian (muzik) kecuali orang yang menyanyi, berpantun memuji-muji Allah seperti bernasyid dan berselawat".

Soalan Nabi (29):"Hai Iblis ! Siapakah yang sekaum dengan engkau ?"
Jawab Iblis: "Iaitu orang yang menipu harta orang dan memakan harta anak yatim dan makan riba".
Soalan Nabi (30):"Hai Iblis ! Dengan sebab apakah engkau gelapkan hati manusia ?"
Jawab Iblis: "Iaitu dengan sebab mereka makan dan minum dengan rezeki yang haram kerana mereka gelap mata (tidak nampak) pada mencari harta dengan cara yang halal dan mereka yang membanyakkan tidur meninggi hari sehingga terlepas solat Subuh serta mereka yang memenuhkan perutnya dengan kekenyangan"

Soalan Nabi (31):"Hai Iblis ! Siapa yang menyukai hati engkau ?"
Jawab Iblis: "Orang kaya yang bakhil dan orang yang tidak mengeluarkan zakat kepada orang yang dhaif tetapi zakatnya dihantar kepada orang lain padahal kaumnya miskin. Sesungguhnya bakhil itu adalah musuh Allah dan orang yang tidak mengeluarkan zakat itu akan dimasukkan ke dalam neraka yang paling bawah bersama-sama denganku"

Soalan Nabi (32):" Hai Iblis ! Siapakah yang menyuburkan badan engkau ?"
Jawab Iblis: "Iaitu orang yang hasad dengki, orang yang tidak belajar etika dan ajaran Islam, segala perempuan yang jahat dan setiap perempuan yang mencabulkan dirinya serta menjualkan maruahnya"

Soalan Nabi (33):"Hai Iblis ! Jika mati seorang ulama' bagaimana perasaan engkau ?"
Jawab Iblis: "Telah subur dan bertunaslah hasutan hamba dan pekerjaan hamba"
Sabda Rasulullah SAW : "Barangsiapa berdukacita atas kematian seorang ulama', maka dituliskan oleh Allah pahala baginya 1000 alim dan 1000 syuhada".

Sabda Rasulullah SAW lagi : "Akan ada umatku yang menjauhkan dirinya daripada para ulama' atau setiap orang yang benci kepada orang yang mengajar agama dan ulama' akan mendapat 3 bala daripada Allah SWT ;

1. Diangkatkanberkat daripada rezekinya (prndapatannya)
2. Didatangkan kepada mereka seorang ketua @ pemerintah yang zalim
3. Dimatikan dalam keadaan tidak beriman

Soalan Nabi (34):"Hai Iblis ! Jika umatku solat berjemaah, bagaimana keadaan engakau ?"
Jawab Iblis: "Sesungguhnya mereka itu terlepas daripada tipudaya hamba"
Sabda Rasulullah SAW : "Hai sahabtku sekelian ! Barangsiapa solat berjemaah 5 waktu, maka ia akan dikurniakan 5 perkara :

1. Tidak ditimpa kemiskinan
2. Dilepaskan dari siksa kubur
3. Diserahkan kitab catatan di sebelah kanan
4. Melalui titian sirat pantas seperti kilat menyambar
5. Dimasukkan ke dalam syurga tanpa hisab

Sabda Rasulullah SAW lagi : "Adalah solat lelaki yang berjemaah itu terlebih baik daripada solat 40 tahun di rumahnya seorang diri, solat berjemaah itu mendapat 27 darjat dan seseorang yang solat berjemaah di rumahnya bersama anak dan isteri mendapat pahala haji dan umrah"

Soalan Nabi (35):"Hai Iblis ! Jika umatku membaca selawat ke atasku, bagaimana keadaan engkau?"
Jawab Iblis: "Muka hamba akan terbelah sebeb mereka ingat kepada tuanku"
Sabda Rasulullah SAW : "Barangsiapa yang membaca selawat ke atasku, para malaikat memintakan keampunan baginya dan dia adalah ahli Syurga"

Soalan Nabi (36): "Hai Iblis ! Jika umatku solat Hariraya ke masjid bagaimana hal engkau kerana Allah SWT telah berfirman : "Hai sekelian Malaikat ! Saksikan olehmu bahawa sesungguhnya Aku telah ampunkan dosa seluruh umat Muhammad, lelaki dan perempuan".

Apabila selesai solat dan khutbah maka firman Allah SWT : "Hai umat Muhammad ! Pulanglah kamu ke rumah masing-masing, sesungguhnya Aku telah ampunkan dosa kamu yang lalu dan yang akan datang dan Aku gantikan dosa kamu itu dengan kebajikan"

Jawab Iblis:: "Ya Rasulullah ! Apabila umat tuan hamba pergi solat hariraya, maka hamba sangat dukacita dan menyesal. Maka hambapun bersorak, datanglah bala tentera hamba dan mereka berkata : "Hai raja kami ! Siapakah yang tuan murkakan ? Adakah ia dari langit atau bumi ? Arahkan kami sekelian pergi membinasakan apa yang di langit dan di bumi"

Maka sahut hamba : "Hai bala tenteraku ! Yang menyebabkan aku ini dukacita ilah kerana Allah SWT telah mengampuni umat Muhammad pada hari raya ini. Wahai sekelian tenteraku ! Apakah kamu tidak mengetahui bahawa Allah telah menerima puasa umat Muhammad ? Dan Allah sangat kasih dan sayang kepada mereka dengan rahmatnyanya diperkenannya segala doa mereka serta diampunkan segala kesalahannya".

"Hai tenteraku ! Hendaklah kamu goda mereka itu supaya mereka malas untuk beribadah dan supaya bimbang dengan berjalan ke sana ke mari , asyik berjudi dan bersukaria masing-masing memuaskan hawa nafsu dengan mengerjakan pelbagai maksiat supaya datang kemurkaan Allah dan diturunkan bala ke atas mereka yang tentu akan menyenangkan hatiku". Maka pergilah sekelian tentera Iblis mengacau umat Muhammad".

Soalan Nabi (37):"Hai Iblis ! Jika umatku membaca doa akhir tahun bagaimana keadaan engkau ?"
Jawab Iblis: "Hamba telah bersusah-payah mengoda umat Muhammad sepanjang tahun, tiba-tiba mereka membaca doa dalam masa ayang sedikit sahaja, maka lemahlah hamba lalu hamba sapukan dengan tanah. Betapa celaka dan malangnya diriku dengan kerugian dan hambapun berpaling pergi".

Soalan Nabi (38):"Hai Iblis ! Jika umatku membaca doa awal tahun bagaimana keadaan engkau ?"
Jawab Iblis: "Ya Nabi Allah ! Putuslah harapan hamba, kerana sesiapa yang membaca doa awal tahun ini Allah memerintahkan kepada dua malaikat supaya dibakar buku kesalahannya dan dituliskan kebajikan di dalamnya kerana orang itu membaca doa ini"

Soalan Nabi (39):"Hai Iblis ! Siapakah yang menyokong engkau ?"
Jawab Iblis: "Iaitu orang yang tidak bertaubat dan suka ketawa ketika berbuatdosa itu. Ya Nabi Allah ! Sesungguhnya telah hamba binasakan sekelian manusia dengan mengerjakan dosa daripada pelbagai maksiat, maka betapa sukanya hamba, tiba-tiba mereka itu mengucap La Illahillah dan istighfar maka binasalah hamba dengan sebab ucapannyanya itu".

"Lagi satu keuntungan yang besar kepada hamba ialah orang tua dan kanak-kanak yang bersiul itulah anak buah hamba, kerana pada masa hamba dibuang ke dunia hamba mengembara dengan bersiul-siul dan orang yang bersiul itu penghibur Iblis Syaitan".

Soalan Nabi (40): "Hai Iblis ! Sekarang apakah kesudahan ikhtiar engkau di atas umatku, kerana aku telah dibangkitkan ke dunia ini bagi menyelamtkan sekelian bani Adam daripada kafir kepada iman, dari gelap-gelita kepada terang-benderang".

Jawab Iblis: "Maka Iblispun mengangkatkan kepalanya ke hadrat Allah katanya : "Ya Rabbi, demi kemuliaan Engkau, sentiasalah hamba akan berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk memarik sekelian anak Adam kepada berbagai-bagai jalan maksiat. Selama ada nyawa di dalam batang tubuh mereka itu, hamba jadikan pemuda-pemudi bercampur berkenalan supaya senanglah hamba mencelah di dalamnya"

Maka firman Allah SWT : "Hai Malaun (yang dilaknat - Iblis) ! Demi kebesaranKu dan ketinggianKu ! Bahawa Aku sentiasa sedia mengampuni dosa umat Muhammad selagi mereka itu meminta ampun kepadaKu".

Maka kata Rasulullah SAW : "Ya Rasulullah ! Bahawasanya hamba sangat hairan melihat dua macam hal sekelian hamba Allah.

1. Mereka itu mengaju kasih kepada Allah padahal mereka itu taat kepada hamba dengan berbuat maksiat
2. Mereka sangat marah kepada hamba tetapi mereka itu mengikut hasutanku. Maka datang firman Allah : "Hai Maaun ! Demi kemulaiaanKu dan kebesaranKu, Aku anugerahkan atas umat Muhammad dua kebahagiaan ;

§ Kasih mereka kepadaKu, Aku jadikan kaffah (penebus dosa) bagi maksiat mereka kerana perdayaan mereka

§ Marah mereka kepada engkau (IBLIS) Aku jadikan kaffah (penebus dosa) bagi maksiat mereka kepadaKu"

Setelah itu Rasulullah SAWpun menghalau Iblis. Dia pergi dengan hati yang sangat duakcita kerana tipu dayanya telah diketahui oleh umat Muhammad SAW.

SEMOGA KITA SENTIASA MENGINSAFI SEGALA TIPUDAYA IBLIS INI DAN DIHARAP DAPAT MENYAMPAIKANNYA KEPADA SELURUH UMAT ISLAM DARI SEMASA KE SEMASA...............

p/s* dipetik dari www.idesa.net.my

Thursday, January 8, 2009

Seorang Jurutera

Suami saya adalah seorang jurutera, saya mencintai sifatnya yang semulajadi dan saya menyukai perasaan hangat yang muncul di hati saya ketika bersandar di bahunya.Selama 3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa pernikahan, saya harus akui bahawa saya mulai merasa letih, lelah, alasan-alasan saya mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan. Saya seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus. Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya. Tetapi, semua itu tidak pernah saya perolehi. Suami saya jauh berbeza dari yang saya harapkan.
Rasa sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya
terhadap cinta yang ideal. Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya
kepadanya,bahawa saya inginkan penceraian. "Mengapa?"Dia bertanya
dengan nada terkejut."Siti letih, Abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang
saya inginkan."Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak.
Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan
perasaannya, apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya? Dan akhirnya dia bertanya."Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran Siti?" Saya merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan."Siti ada 1 soalan, kalau Abang temui jawapannya di dalam hati Siti, Siti akan mengubah fikiran Siti; Seandainya, Siti menyukai sekuntum bunga cantik yang ada di tebing gunung dan kita berdua tahu jika Abang memanjat gunung-gunung itu, Abang akan mati. Apakah yang Abang akan lakukan untuk Siti?"Dia termenung dan akhirnya berkata,"Abang akan memberikan jawapannya esok."Hati saya terus gundah mendengar responnya itu.Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya menenui selembar kertas dengan coretan tangannya di bawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yang bertuliskan...
Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan Abang untuk menjelaskan alasannya."
Kalimah pertama itu menghancurkan hati saya. Namun, saya masih terus ingin membacanya. "Siti boleh mengetik di komputer dan selalu mengusik program di dalamnya
dan akhirnya menangis di depan monitor,Abang harus memberikan jari-jari Abang supaya boleh membantu Siti untuk memperbaiki program tersebut."
"Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti keluar, dan Abang harus memberikan kaki Abang supaya boleh menendang pintu, dan membuka pintu untuk Siti ketika pulang."
"Siti suka jalan-jalan di Shopping Kompleks tetapi selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di tempattempat baru yang Siti kunjungi,Abang harus mencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang lain mencarimu dan membawa Siti pulang ke rumah."
"Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu teman baik Siti datang setiap bulan, dan Abang harus
memberikan tangan Abang untuk memicit dan mengurut kaki Siti yang
sengal itu."
"Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu risau Siti akan menjadi pelik. Dan Abang harus
membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Siti di rumah atau meminjamkan lidah Abang untuk menceritakan hal-hal kelakar yang Abang alami."
"Siti selalu menatap komputer, membaca buku dan itu tidak baik untuk kesihatan mata Siti, Abang harus menjaga mata Abang agar ketika kita tua nanti, abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu."
"Tangan Abang akan memegang tangan Siti, membimbing menelusuri pantai,menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna-warna bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu."
"Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati. Kerana, Abang tidak sanggup melihat airmatamu mengalir menangisi kematian Abang."
"Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih daripada
Abang mencintai Siti."
"Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki, mata Abang tidak cukup bagi Siti. Abang tidak akan menahan diri Siti mencari tangan, kaki dan mata lain yang dapat
membahagiakan Siti."
Airmata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tintanya menjadi kabur, tetapi saya tetap berusaha untuk terus membacanya lagi.
"Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan Abang. Jika Siti puashati dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan Abang tinggal di rumah ini,tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang berdiri di luar sana menunggu jawapan Siti."
"Tetapi, jika Siti tidak puas hati, sayangku...biarkan Abang masuk untuk mengemaskan barang-barang Abang, dan Abang tidak akan menyulitkan hidupmu. Percayalah, bahagia Abang bila Siti
bahagia."
Saya terpegun. Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat. Lalu saya segera berlari
membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah gusar sambil tangannya
memegang susu dan roti kesukaan saya.
Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih dari dia mencintai saya. Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam kewujudan yang kita inginkan, maka cinta itu telah hadir dalam kewujudan yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini.

p/s* Cinta tak perlu di undang...ianya lahir dari dalam hati yang penuh mendalam...seandainya mendapat cinta...hargailah cinta itu sebaiknya...kelak Ia akan menbahagiakan dirimu, namun waspada pada cinta..kerna ada cinta itu buta dan membuat kita melupakan segala-galanya...Cewahhhh!!!!!!!!

Bila Buhsan....

Gambar kat bawah nih kalkulatr ak yang aku bkak...sajejer nak test power "tools" yang baru ak beli Ngan harga RM 14...huhu...besh..nati leh la ak merepairkan segala benda yang aku nak repair..ahaa....besh tuh..ntah xder mender ak Nak wat hari nih bile kelas batal..dahla kelas besh (Control System)...lagi 2 taun nk abish...aish...lama-lama...ohooohoooiiiiii.....

Alam Ciptaan Tuhan

Salam sumer...alangkah Indahnya alam citaan Tuhan ini...janganlah kita sesekali merosakannya melalui pelbagai cara sekalipun...juz luk pic below... mmmm...
p/s* besh kan hdup Nih tnpa adanya peperngan,penindasan,penipuan, dan segala pe- lagi lah...hmmm...tapi Inilah yang dinamakan kehidupan, sedkit sebanyak Allah akan bagi ujian Untuk menguji tahap kesabaran dan keimanan kita kepada Yang Maha Esa...