Thursday, January 8, 2009

Seorang Jurutera

Suami saya adalah seorang jurutera, saya mencintai sifatnya yang semulajadi dan saya menyukai perasaan hangat yang muncul di hati saya ketika bersandar di bahunya.Selama 3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa pernikahan, saya harus akui bahawa saya mulai merasa letih, lelah, alasan-alasan saya mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan. Saya seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus. Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya. Tetapi, semua itu tidak pernah saya perolehi. Suami saya jauh berbeza dari yang saya harapkan.
Rasa sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya
terhadap cinta yang ideal. Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya
kepadanya,bahawa saya inginkan penceraian. "Mengapa?"Dia bertanya
dengan nada terkejut."Siti letih, Abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang
saya inginkan."Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak.
Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan
perasaannya, apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya? Dan akhirnya dia bertanya."Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran Siti?" Saya merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan."Siti ada 1 soalan, kalau Abang temui jawapannya di dalam hati Siti, Siti akan mengubah fikiran Siti; Seandainya, Siti menyukai sekuntum bunga cantik yang ada di tebing gunung dan kita berdua tahu jika Abang memanjat gunung-gunung itu, Abang akan mati. Apakah yang Abang akan lakukan untuk Siti?"Dia termenung dan akhirnya berkata,"Abang akan memberikan jawapannya esok."Hati saya terus gundah mendengar responnya itu.Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya menenui selembar kertas dengan coretan tangannya di bawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yang bertuliskan...
Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan Abang untuk menjelaskan alasannya."
Kalimah pertama itu menghancurkan hati saya. Namun, saya masih terus ingin membacanya. "Siti boleh mengetik di komputer dan selalu mengusik program di dalamnya
dan akhirnya menangis di depan monitor,Abang harus memberikan jari-jari Abang supaya boleh membantu Siti untuk memperbaiki program tersebut."
"Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti keluar, dan Abang harus memberikan kaki Abang supaya boleh menendang pintu, dan membuka pintu untuk Siti ketika pulang."
"Siti suka jalan-jalan di Shopping Kompleks tetapi selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di tempattempat baru yang Siti kunjungi,Abang harus mencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang lain mencarimu dan membawa Siti pulang ke rumah."
"Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu teman baik Siti datang setiap bulan, dan Abang harus
memberikan tangan Abang untuk memicit dan mengurut kaki Siti yang
sengal itu."
"Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu risau Siti akan menjadi pelik. Dan Abang harus
membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Siti di rumah atau meminjamkan lidah Abang untuk menceritakan hal-hal kelakar yang Abang alami."
"Siti selalu menatap komputer, membaca buku dan itu tidak baik untuk kesihatan mata Siti, Abang harus menjaga mata Abang agar ketika kita tua nanti, abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu."
"Tangan Abang akan memegang tangan Siti, membimbing menelusuri pantai,menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna-warna bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu."
"Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati. Kerana, Abang tidak sanggup melihat airmatamu mengalir menangisi kematian Abang."
"Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih daripada
Abang mencintai Siti."
"Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki, mata Abang tidak cukup bagi Siti. Abang tidak akan menahan diri Siti mencari tangan, kaki dan mata lain yang dapat
membahagiakan Siti."
Airmata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tintanya menjadi kabur, tetapi saya tetap berusaha untuk terus membacanya lagi.
"Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan Abang. Jika Siti puashati dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan Abang tinggal di rumah ini,tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang berdiri di luar sana menunggu jawapan Siti."
"Tetapi, jika Siti tidak puas hati, sayangku...biarkan Abang masuk untuk mengemaskan barang-barang Abang, dan Abang tidak akan menyulitkan hidupmu. Percayalah, bahagia Abang bila Siti
bahagia."
Saya terpegun. Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat. Lalu saya segera berlari
membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah gusar sambil tangannya
memegang susu dan roti kesukaan saya.
Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih dari dia mencintai saya. Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam kewujudan yang kita inginkan, maka cinta itu telah hadir dalam kewujudan yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini.

p/s* Cinta tak perlu di undang...ianya lahir dari dalam hati yang penuh mendalam...seandainya mendapat cinta...hargailah cinta itu sebaiknya...kelak Ia akan menbahagiakan dirimu, namun waspada pada cinta..kerna ada cinta itu buta dan membuat kita melupakan segala-galanya...Cewahhhh!!!!!!!!

4 comments:

  1. realiti dowh..cam ko...huhuhuhu

    ReplyDelete
  2. ayyie..
    terkesima..terpegun..dgn crite cinta ini..
    mengusik perasaan tol..huhu..=)

    ReplyDelete
  3. hehe...mtak2 jgn jdik pd driku ini....hohoho

    ReplyDelete