بسم الله الرحمن الرحيم
Assalmualaikum dan salam sejahtera semua. Entri kali ini mungkin agak serius sedikit. Sebenarnya, sudah lama ingin aku mengepos entri baru ini, kerna bagi aku agak sedikit menarik untuk diperdebatkan dan dikongsikan pendapat dan akal fikiran yang Allah SWT kurniakan kepada kita. Sesungguhnya, Allah telah menciptakan manusia itu dengan sebaik2 kejadian. Maka, dengan segala nikmat, rezeki yang Allah kurniakan ini, amatlah wajar dan wajib untuk kita syukurinya. Aku agak tertarik dengan situasi pilitik di Perak kini. Dalam seminggu dua ini, pelbagai peristiwa yang begitu menarik perhatianku. Aku, merupakan pelajar kursus kejuruteraan, adalah langsung tidak bersangkut paut dengan perihal politik ini, lainlah jikalau aku ini adalah pelajar jurusan sains politik, strategi dan sebagainya. Jika itu kursusnya, amatlah wajar ak memandang serius isu dan pemasalahan ini. Akan tetapi, aku mengambil kapasiti aku selaku rakyat Malaysia yang berusia 21 tahun yang mana, pada tahun ini , aku layak untuk mendaftar sebagai pemilih, pengundi. Seorang yang berakal fikiran waras, amatlah wajar baginya untuk menilai dari pelbagai sudut pandangan bagi merungkaikan segala persoalan yang sentiasa bermain dalam kotak mindanya.
Kemuncak kemelut di Perak ini adalah apabila negeri Perak Darul Ridzwan ini mendapat Menteri Besar yang baru. Akan tetapi, MB Perak sebelum ini, Datuk Seri Ir Nizar Jamaluddin berkeras tidak mahu untuk melepaskan jawatannya, dan yang terbaru, beliau adalah satu-satunya yang tidak memulangkan segala aset milik kerajaan negeri Perak, iaitu kereta rasmi negeri, Toyota Camry 2.4 yang baru dibeli baru2 ini. Aku tidak mahu mengulas situasi yang telah berlaku, namun ak lebih tertarik untuk menyatakan sedikit pandangan aku berhubung dengan isu ini. Setiap orang mempunyai sudut pandangan yang berbeza, oleh yang demikian, janganlah kita terlalu emosional, terlalu taksub dengan apa yang terjadi kini. Kepada penyokong PR, inilah masa untuk bermuhasabah, lihat kembali apa yang telah dilakukan sepanjang 11 Bulan pemerintahan. Kepada BN, janganlah berseronok terlalu awal, kelak terjadi seperti 11 bulan yang lepas, baru tergadah.
Sesuatu yang tidak dapat diterima dek akal, situasi yang serius bagi aku, kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang mana mahu membawa isu ini ke mahkamah dan akan mendakwa Sultan Perak dan juga Kerajaan Baru Negeri Perak di bawah pimpinan BN yang diterajui oleh MB yang baru, Datuk Dr Zambri, ADUN Pagkor. Kejadian menghalang kenderaan rasmi Raja Dr Nazrin Shah yang mahu berangkat ke istana bagi menghadiri majlis angkat sumpah MB Perak yang baru juga sedikit sebanyak tela mencalar institusi Raja-raja Melayu di negara kita dan juga sekaligus telah mencemar institusi beRaja di negara kita ini. Rakyat seolah-olah telah dipermainkan oleh segelintir ahli Politik yang berkepentingan peribadi yang mempunyai agenda yang tersendiri. Semua masih ingat bukan, kenyataan yang telah dikeluarkan oleh para pemimpin pembangkang selepas PRU 12 dulu, yang antara lainya menyebut, akan tumbangnya kerajaan BN sekarang dan akan naiknya kerajaan baru 16 September 2008.
"Dari Permatang Pauh ke Putrajaya", itu adalah slogan semasa pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh tempoh hari. Angan-angan tinggi mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini hampir berkecai setelah kerajaan Perak akhirnya tumbang kembali kepada BN. Kenyataan yang agak sedikit mengelirukan apabila Karpal membuat kenyataan media mahu menyaman Sultan Perak dan juga BN, namun Anwar menafikan dan menyatakan bahawa meminta Sultan Perak melihat semula peruntukan perlembagaan. Media juga yang disalahkannya. Disini dapat kita lihat, ketidaksepakatan pendapat antara pemimpin dalam Pakatan Rakyat itu sendiri dalam membuat sebarang kenyataan. Sepatutnya, dalam keadaan sebegini, PR harus menonjolkan kepsepakatan mereka, dengan mengeluarkan kenyataan yang sama antara pemimpin, bukan lagi menjadikan media sebagai kambing Hitam mereka. Jika ada yang bercanggah, salahkan media. Jika kita berfikiran dan nampak seperti menyebelahi kerajaan, ini adalah Minda Kelas Utusan, selar mereka. Tiada langsung sikap gentleman dalam kalangan pemimpin PR ini. Sebelum Ini, Nizar ada mengeluarkan kenyataan bahawa, beliau akan menuruti apa sahaja keputusan Paduka Sultan Perak (klik disini) berhubung isu ini dan tidak akan meragui sebarang keputusan Sultan, namun setelah Sultan Perak membuat keputusan untuk tidak membubarkan DUN, dan mengarahkan Nizar bersama ahli EXCO Perak untuk meletak jawatan serta merta dan memulangkan segaa aset milik negeri, mereka ingkar. Bukankah ini satu penderhakaan kepada Sultan? Namun Nizar masih lagi menafikannya. Sejak 25 januari lagi masalah ini menbelenggu rakyat Perak khususnya. Nizar adalah bukan kes yang pertama yang enggan untuk meletak jawatan. Bagi aku, tinadakan Nizar ini langsung tidak wajar, seolah-olah mencabar keputusan Sultan Perak, mungkin bagi dia, Sultan Perak ini tidak arif akan hal perundangan, namun harus di ingat bahawaa Sultan Perak juga adalah seorang pengamal undang-undang.

Penyokong PR berhimpun di Kediaman MB dalam satu perhimpunan setelah Sultan Perak menitahkan Nizar dan barisan EXCO nya meletak jawatan serta merta.

Tindakan segelintir penyokong pembangkang yang menghalang kenderaan Raja Dr Nazrin Shah dari memasuki istana bagi menghadiri uapacara angkat sumpah MB Perak yang baru.
Ayiekyubi.
ko undi pe ayie???
ReplyDelete