Monday, February 23, 2009

cIntA di bUmi aNbiA (pArt 1)


بسم الله الرحمن الرحيم

“Sesungguhnya, Allah tidak melihat kepada tubuh dan paras rupamu, tetapi melihat kepada hati dan amalan kamu” ( Hadis Riwayat Muslim).


Terdetik hatiku seketika pabila aku membaca hadith itu. Terasa diriku terlalu kecil, kecil sungguh amal aku. Aku merenung tafsir Quran yang masih berada di tanganku. Al-Mulk baru aku habiskan. Aku ingin habiskan pula As-Sajadah, mataku berat pula tapinya. Langsung ku letak tafsir itu di kepala tidurku. Moga nyenyakku malam ini dlindungiNya, detik hatiku. Aku membaca beberapa ayat yang aku hafal, yang menjadi amalanku sejak dari dulu. Jasad yang dipijamkan sementara ini langsung dibaringkan. Terasa sungguh selasa beralaskan tilam yang bagiku sungguh empuk. Mata tepat ke siling rumahku. Aku renung, lalu aku teringat surat yang baru aku terima siang tadi. Khabar yang mungkin menggembirakan kedua-dua orang tua ku. Tapi aku? Memang sudah lama aku nantikan itu. Akan tapi, kegusaran dalam hati aku tetap ada. Benar aku adalah anak bongsu. Tapi aku yakin yang aku boleh berdikari. Tak seperti tanggapan sesetengah orang yang mungkin merasakan anak bongsu ini tak mampu untuk melakukan sendiri. Ah, itu semua fikiran orang. Lama aku merenung siling itu, seolah-olah sedang ditayangkan ceritera yang terlalu asyik untuk ditonton, hakikatnya kosong, tiada apa-apa. Sunyi, sepi.

“Allahuakbar, Allahuakbar...”
Cepat-cepat aku bangun. Sudah terlambat aku. Segera aku ke bilik air, bersugi kerana Allah Taala, menyucikan diri, memberi kesegaran kepada sekujur jasad yang diberi pinjam ini, dengan segala kudrat yang ada. Wudhuk aku segerakan, menyedari waktu iqamah surau sebarang jalan hampir, aku cepat-cepat menyarung dan memakai. Lekas aku berjalan. Mak ayah aku sudah awal-awal lagi ke surau. Biasanya mereka solat sunat dulu di surau. Begitulah rutin mereka tiap-tiap dinihari. Segar, nyaman, tenang. Syukur aku sempat takbiratulihram bersama Imam Sufi, ayahnya Syukri. Ingat lagi emak sentiasa pesan, pahala orang yang berjemaah subuh, ibarat mengerjakan Ibadat di malam hari. Sungguh besar dan tinggi nilainya. Bagi aku yang sedari kecil di didik dengan ilmu agama oleh kedua-duan orang tuaku, cukup cerdik untuk aku menilai semua itu. Syukur.

Bersambung...

No comments:

Post a Comment