Sunday, April 5, 2009

Mampukah Barah UMNO diubati?

بسم الله الرحمن الرحيم


Seminggu yang lepas, sejarah dalam negara kita yang baru telah terjadi. Satu peralihan kuasa yang begitu licin dan teratur. Sesuatu yang wajar dicontohi oleh negara luar mungkin. Saya berminat untuk meminjam kata-kata bekas Perdana Menteri Malaysia ke-4, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa, seorang Presiden UMNO tidak semestinya adalah seorang Perdana Menteri Malaysia. Mengapakah beliau berkata sedemikian? Barangkali dalam kotak pemikiran beliau pada masa itu, apa yang beliau rasakan mungkin bahawa mantan Perdana Menteri Malaysia ke-5, Datuk Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi (kini Tun), tidak mahu lagi menyerahkan jawatan tersebut kepada timbalannya setelah sudah terlalu merahsiakan tarikh peralihan kuasa itu. Saya agak tertarik untuk membincangkan perihal dan situasi politik dalam Malaysia pada masa sekarang memandangkan Persidangan Agung UMNO Baru sahaja berakhir seminggu yang lalu. Seminggu yang dirasakan baru semalam. Pemenang perlumbaan bagi “kerusi panas” sudah umum mengetahuinya. Tapi adakah ianya adil? Umum mengandaikan bahawa, ada kejutan bakal berlaku dalam pemilihan UMNO kali ini dan sememangnya ianya berlaku. Apa kejutannya? Ya, kemenangan Khairy Jamaluddin Abu Bakar (KJ) sebagai ketua Pemuda UMNO. Seorang yang telah didakwa terlibat dalam politik wang dan telah diberi amaran oleh Jawatankuasa Disiplin UMNO berhubung dengan itu telah memenanginya. Saya sedikit kaget berhubung kemenangan ini.



Sdr. Khairy Jamaluddin (KJ)

Hemat saya, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir, dengan slogan Berani Berubah yang cukup kuat dibawa hingga ke ruang legar PWTC, tempat berlangsungnya sidang UMNO itu. Datuk Mukhriz cukup kuat pengaruhnya, tapi dimana silap dan percaturannya sehinggakan beliau tumbang dan mendapat tempat ke-3 daripada 3 calon yang bertanding? Saya juga tidak mampu untuk memberi jawaban kepada persoalan tersebut. Satu persoalan yang agak menarik. Namun, dimanakah kelebihan KJ pula sehinggkan diangkat oleh para Perwakilan untuk memilih beliau selaku Ketua Pemuda yang mengantikan Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein yang kini memegang jawatan Naib Presiden UMNO yang baru? Berumur 33 tahun, anak kepada bekas diplomat, Allaryarham Datuk Jamaluddin, lulusan University Oxford dalam bidang Ekonomi dan Politik, diakui sebagai seorang pelajar yang pintar dan mampu berdebat, tapi adakah itu sahaja kelebihan Khairy?



Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir

Saya tidak tertarik untuk memberi ulasan berhubung kemenangan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Presiden UMNO, kemenangan para Naib Presiden yang baru, terutamanya kemenangan Datuk Seri Shafiee Apdal yang sesungguhnya telah mengejutkan para calon yang lebih senior daripadanya, seperti Datuk Seri Rais Yatim dan juga Datuk Seri Syed Hamid Albar, begitu juga kemanangan yang boleh dianggap total Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil ke atas penyandang, Tan Sri Rafidah Aziz. Namun, kemenangan KJ telah membuahkan pelbagai cerita enak juga cerita kurang enak. Sudah semestinya para penyokong beliau bersorak gembira dengan kemenangan ini, sesuatu yang di luar jangkaan. Akan tetapi, mungkinkah kemenangan ini akan mengakibatkan barah dalam UMNO semakin parah? Satu persoalan yang cukup menarik untuk dirungkaikan bersama. Ini kerna, ramai yang berpendapat sebenarnya, kejatuhan empayar Tun Abdulah Ahmad Badawi adalah kerana KJ. Betulkah semua andaian itu, ataupun ianya adalah sekadar satu permainan dalam gelanggang politik semata-mata? Semua orang mampu berfikir bukan? Kemenangan beliau telah disambut dengan cemuhan dan “BOOO” oleh segelintir perwakilan, satu sambutan yang diluar jangkaan KJ sebenarnya. Lagak KJ mangalahkan memenangi jawatan Presiden UMNO sendiri. Saya ada melihat beberapa video debatnya dan juga siri ceramahnya dalam beberapa kempen BN dalam beberapa pilihan raya kecil, dan mungkin ada sedikit yang boleh dibanggakan dengannya itu. Keberanian beliau berdebat secara tertutup dengan Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa, bagi saya cukuplah sederhana mungkin kerana ingin membela UMNO dan kerajaan.



Debat terbuka Anwar Ibarahim dan Ahmad Shabery

Namun, kita sepatutnya tidak melupakan keberanian dan sifat gentleman Menteri Penarangan, Datuk Ahmad Shabery Chik yang sanggup berdebat empat mata dengan ketua pembangkang Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mana ianya dipancarkan diseluruh negara. Mana yang patut lebih dibanggakan? Umum mengetahui Anwar mempunyai pelbagai helah dan tipu muslihat, serangan psikologi dan juga kata-kata yang cukup mendalam semasa berdebat. Jikalaulah KJ lawan Anwar, mampukah KJ mengatasi Anwar? Saya rasa tidak, KJ belum samapai ketahap untuk berdepan 4 mata dengan Anwar. Anwar bagi saya terlalu bahaya, terlampau Taja, silap hari Bulan, KJ pula dimalakunnya. KJ terlalu cetek dan muda untuk semua ini, justeru, adakah beliau layak memgang Jawatan ketua pemuda UMNO Malaysia? Masing-masing mepunyai jawaban bukan...?


Hak milik terpelihara. Ayiekyubi.

No comments:

Post a Comment