بسم الله الرحمن الرحيم
Wanita, satu perkara yang cukup subjektif untuk diperihalkan. Banyak perkara yang boleh dibualkan mengenai wanita, tarikan kaum Adam sebenarnya. Daripada cerita yang baik-baik, sehingglah kepada yang buruk-buruk yang tak sanggup untuk telinga ini menadahnya. Sekarang ini banyak lagu-lagu nasyid yang mengangkat ataupun mengagungkan wanita sebagai sebahagian pejuang dalam Islam. Rabiatul Adawiah, Aisya Humaira, Balqis antaranya. Namun begitu, Siti Khadijah adalah wanita pertama yang terlalu agung disisi Islam. Pegorbanan yang telah beliau lakukan untuk Islam terlalu Besar hingga terlalu sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata. Tiada apa yang mampu untuk membandingkan segala jasa dan apa yang telah Beliau lakukan demi Islam. Perjuangannya bersama–sama Rasulullah SAW untuk sama-sama meyebarkan syiar Islam terlalu tinggi, sukar untuk kita sekarang ini gapai.
Namun, semua itu sudah berubah sama sekali kini. Kini, martabat seorang wanita itu kian hari kian luntur. Dulu, semasa aku masih lagi dikampung, belajar di sekolah di kampung, sukar sekali untuk aku melihat perempuan2 kampung ini berpeleseran merata-rata. Masing2 dalam rumah, bagusnyer...tapi kini, apabila aku balik sahaja ke kampung, dapat aku lihat fenomena yang seringkali aku lihat di bumi Hang Tuah ini, tapak Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka awal 1400M. Tiada apa yang beza, Cuma masih ada segelintir yang masih bertudung, itupun hanyalah sekadar menutup aurat rambut, aurat lain entah kemana.
Lelaki, apabila bergelarnya seorang lelaki itu sebagai seorang suami dan juga bapa kepada anak-anaknya, maka besarlah tanggungjawabnya. Mendidik ahli keluarganya mentaati perintahNya, amar makruf nahi mungkar. Tapi, aku masih lagi ingat ibu aku berkata, anak-anak da isteri inilah yang mampu mengheret kita ke neraka sebenrnya jika salah didikannya. Kepada kaum sejenisku,rakan-rakanku, berhati-hatilah memilih pasangan hidup. Usah terlalu taksub akan cinta ketika ini. Menyemai cinta itu biarlah ianya adanya restu dari orang tua, Cintailah Maha Esa,Cintailah Agamamu, Cintailah Ibu bapamu, Cintailah keluargamu, Cintailah dirimu...peringatan buat diriku juga,insan yang lemah kepada Cinta...
p/s# artikel ini tiada kaitan dengan apa yang berlaku kepada housemateku...ahmad faizal (bukan nama sebenar)

ahmad faizal x mrh ker ngn ayt last skali tu??
ReplyDelete