Friday, May 22, 2009

Takziah ADUN Manek Urai...




Hari ini terlipat dalam satu sejarah bagi kampung aku, Manek Urai, kerana buat pertama kalinya dalam sejarah, ADUN Manek Urai telah pulang ke Rahmatullah pada pagi tadi jam 5.55 pagi.Kematian Allarhyarham disebabkan oleh sakit jantung. Beliau yang selama ini telah memegang jawatan tersebut sejak dari tahun 1986 lagi kecuali pada tahun 2004, beliau tidak bertanding bagi kawasan ini. Aku bersama-sama lebih 2000 jemaah, yang hadir dari setiap pelusuk kawasan, bersama-sama dengan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul aziz Nik Mat telah bersama-sama menunaikan solat Jumaat dan juga Solat jenazah beliau. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau. Aminnn...Al-Fatihah...
Allaryarham Ismail Bin Yaakob
ADUN Manek Urai



p/s* tak lama lagi kampung aku pemes laa...ramai pemimpin yang akan turun padang...huhuhu...

2 comments: