Saturday, April 9, 2011

Lawatan Industri ke Proton Shah Alam..yeaahaaa..

بسم الله الرحمن الرحيم


Lawatan Industri ke Kilang Proton Shah Alam

Rumusan lawatan


dari luar, Proton Shah Alam. Jenama kebanggaan Malaysia.

Pada 31 Mac 2011, satu lawatan industry dari 4 BENE, yang disertai seramai 32 pelajar dengan di iringi oleh 2 orang pengiring iaitu Encik Sadhiqin Isira dan juga Encik Zulkarnain. Perjalanan kami bermula dari Pusat Persatuan Pelajar (PPP) UTeM pada jam 7.00 pagi dan tiba di Proton Shah Alam pada jam 9.00 pagi. Perjalanan yang mengambil Masa selama 2 Jam ini langsung tidak memenatkan peserta rombongan ini. Keterujaan dalam mengikuti lawatan ini membuatkan kami berasa begitu teruja sepanjang perjalanan ini.


masing-masing mendengar taklimat dari pihak Proton


Soal jawab bersama pihak Proton 

en diqin berucap gak...acecece...


sume duk bajet sugguh2 amik info dpd tayangan ni..(nampok benor nipunyer..hehe)

Ketibaan kami telah disambut mesra oleh wakil pihak Proton. Kami telah di bawa ke Auditorium untuk taklimat singkat mengenai Proton dan juga latar belakang Proton ini. Dalam sesi ini Juga, Kami telah bertanya beberapa soalan berhubung dengan operasi dan juga perancangan Proton ini pada masa depan. Kami juga telah ditanyangkan video mengenai Porotn ini.
Selesai taklimat singkat ini, kami telah dibawa ke ruang Production kilang proton ini. Kami telah dibahagikan kepada 2 Kumpulan untuk mendengar taklimat dan juga penerangan secara terperinci mengenai production dalam KilanG Proton yang membuat model Proton SAGA FL dan BLM.

ok, ini album masa dalam production (thanks to wakil proton yang sudi snap n email gambo ni kat kitorang..hehe)



lakonan semata-mata


kuden bajet dengar penerangan dpd supervisor production.


penerangan yang sgt2 padat.best!!


eh2...gambo awak pon ado...glamor awak kjp...


"sana tu haa kitorang tgh plan nk wat kete sport staraf dgn Lambo,Maserrati.."kata en supervisor.


en diqin tanyo po tu haa...

Taklimat yang mengambil masa selama hampir sejam setengah ini berlangsung dalam keadaan yang begitu menggembirakan kerana ini adalah sesuatu pengalaman yang baru buat kami dalam production ini. Penerangan secara mendalam beserta dengan cara pelaksanaan mereka itu membuatkan kami lebih memahami secara berkesan mengenai proses pembuatan kereta ini. Ini dapat dikaitkan dengan apa yang kami pelajari di dalam kuliah mengenai pembuatan automasi ini.


time makan laju n smgat je kome yep...

Selesai penerangan di production ini, kami telah di Bawa ke bilik jamuan untuk jamuan pagi. Layanan pihak Proton kepada kami sungguh mesra dan terbaik. Sesi bergamabr sebelum kami pulang sebagai kenang-kenangan.


moh le kito begambo plok yop..all say cheese..


ole-ole dr UTeM. time kasih en Proton.


Berikut adalah maklumat mengenai Production Rate Proton Shah Ala
m (model: SAGA FL and BLM)

Product capacity -- 150k/ Yr

Model -- P2-11A/ P2-11C

Output -- 40units/ Hr @ 90secs

Current Line Speed -- 38units/ Hr

Takt Time -- 94.7sec/ unit

Line Efficiency -- 95%

Total Process Time -- 19.234sec

Man Power -- 207 (D)63(ID)


SAGA BLM..1.3.(kete Ajib)


SAGA FL (Fatin Liyana?)hehe....awek peja.


gambo komersial break SAGA.

p/s** time kasih kpd sume yang menjayakan lawatan industri ini. Special thanks to En Sadhiqin, Amir, Aisyah & sume2 warga 4 BENE. korang memang terbaik lah.yezzza!!!

from: Shafiee Super & Zulhayyie Sarif

Wednesday, January 12, 2011

belajar dulu-dulu

hi gang..


bangun pagi-pagi, on laptop aku, then baca paper. confirm bendalah pertama aku tengok area sukan.tambah-tambah berita The Kop kena dengan Spurs (i like). tapi usya punya usya paper tadi, terpandang aku satu berita macam agak menarik. klik sini nak tahu. aku pun tak tahu cerita sebenar macam mana kan. sedar tak sedar, rupa-rupanya dah masuk time SPM sekarang ekh.ala, kasik junior2 can nak rasa exam. kitorang (merujuk pada diri senirik jugak) kira passing by kat junior la nak merasa keindahan SPM nih..hehe.bila ingat SPM dulu-dulu, kekadang tergelak jugak aku sesorang. yela, punya la duk struggle (ini perkataan inggeris) dulu belajau (dialek melaka)tekun gile (bajet rajin).belajau jela, tapi hala tuju tak tahu ke mana lagi.Yela, aku dulu sekolang di kekampungan. pendedahan pasal future studies nih kureng ciket (agak banyak la).maknanya kitorang just belajar jerx. untuk A. tapi hala tuju lepah tuh, tak tahu kemana2.aku pun tak tahu kenapa tyme tuh aku tak terpikir pun Hal semua tue (menunjukkan bahawa aku berdedikasi masa belajar.kih3)Ok.itu dulu..zaman dolu-dolu punyer celita.tinggal.

zaman sekarang.

kalo la ikut Peratusan perbezaan antara belajar aku dulu2 dengan belajar akU sekarang2 nih, duk tekan2 kalkulator saintifik aku tuh, maunyer Keluar 300% gak tuh.gile.okay.malas tulis dalam bentuk cerekarama, tulis dapat bentuk titik-titik lagi bagus.

dulu-dulu

dot1) bulan 11 nak exam, bulan 11 setahun sebelumnyer dah check apa yang belajar nanti
dot2) bulan depan nak ujian, study macam pagi karang nak exam.
dot3) malam nak ujian (esok pagi ujian la), kui 10.32 dah tido.mak pesan tido awal,otak cergas.
dot4) pagi nak ujian, bangun awal, solat subuh, bekpes,tgk nota ciket2.
dot5) time tggu luar dewan. muke siyes gile,duk hafal rumus.mulut kumat kamit macam tok bomoh nak santau orang.
dot6) masuk dewan,hati cuak gile.mulut masih kumat kamit.baca doa plak.
dot7) kadar senyuman waktu ini, teramatlah sangat kurang.masing-masing muke stok nak tetak orang.
dot8) dapat soklan n Kertas jawapan, laju jerx tulis sume rumus2 yang berkaitan atas ketas soklan.
dot9) time jawab, ini waktu paling gile, fokus macam jumpe cicak kaler Pink.
dot10)kalo xdapat jawab soklan, muke punyela risau,cam muke orang berak sembelit.
11) kalo ader tinggal soklan kosong, macam nak nangis.padahal tinggal soklan yang 0.35 markah jer (ader ker SPM markag gitu?)
12) habis exam.still duk bincang paper tadi.
13) p kantin, masing2 compare jawapan.kalo salah? mata merah,peluh di dahi.metabolisme tak stabil (tanda cuak)
14) balik umah, nangis sorang-sorang dalam bilik (ini perempuan, bukan aku ~lelaki yang awesome)

sekarang?

1) bulan depan ade test, bulan ini?masih seperti 5 tahun lagi nak test.
2) minggu depan test, minggu ini masih seperti setahun 5 bulan nak test.
3) esok nak test,

dah-dah...kita sambung lenkali...tetiber aku ader kejer...haha...