Wednesday, December 23, 2009

Empat Perkara

Telah bersabda Nabi Muhamad SAW yang maksudnya:

" Ada empat perkara yang berharga dalam diri manusia dan dia boleh hilang dengan empat perkara juga.

Adapun yang berharga itu ialah...Akal, Agama, Malu dan Amal soleh.
Maka....
1. Akal boleh hilang disebabkan marah.
2. Agama boleh hilang disebabkan dengki.
3. Malu boleh hilang disebabkan tamak.
4. Amal soleh boleh hilang dan terhapus disebabkan suka menceritakan
keburukan orang lain.

Manusia akan menghadapi empat penarikan antaranya:-

1. Malaikat pencabut nyawa akan menarik rohnya.
2. Para ahli waris akan menarik hartanya.
3. Ulat akan menarik tubuhnya.
4. Orang yang dimusuhi @ dianiayai akan menarik barang kepunyaannya di
hari kiamat iaitu AMALNYA.

Dari Ali r.a yang bermaksud: Sesungguhnya amalan yang paling sulit adalah empat macam:

1. Memberi maaf pada waktu marah.
2. Suka memberi pada waktu susah.
3. Menjauhi yang haram pada waktu sunyi.
4. Mengatakan yang hak kepada orang yang ditakuti atau kepada orang yang
diharapkan sesuatu darinya.

Dari Hatim Al-Asom yang bermaksud: Empat perkara yang hanya diketahui oleh empat jenis orang akan nilainya iaitu:

1. Nilai masa muda hanya diketahui oleh orang tua-tua @ orang lama).
2. Nilai kedamaian hanya diketahui oleh orang yang pernah ditimpa bencana@musibah.
3. Nilai kesihatan hanya diketahui oleh orang-orang sakit.
4. Nilai kehidupan hanya diketahui oleh orang-orang yang telah mati.

Wallahualam

P/s* sama-sama kita mengingati sesama kita

Tanggungjawab...

 Alhamdulillah,ketemu kita lagi...

Syukur kehadrat Ilahi kerna dengan segala kudrat dan iradatNya kita masih lagi bernyawa didunia yang fana ini. Dengan segala umur,kesihatan dan rezeki yang tak terhingga,iman yang Allah berikan ini, maka seharusnya kita bersyukur kepadaNya.InsyaAllah, jika kita bersyukur maka limpahlah lagi rezeki yang tuhan kurniakan kepada kita,InsyaAllah. Tanggujawab kita didunia ini terlalu besar buat kita, selaku khalifah yang memimpin yang lain. Kita yang dipimpin dan kita yang memimpin walaupun hanyalah dalam keluarga sahaja. Itu aalah yang lumrahnya sebagai manusia,khalifah dibumi ini.

Kerap kali ini pelbagai isu dimainkan, rasuah,kehilangan,bencana,musibah...Semua itu adalah rencah kehidupan. Namun, adakah kita sekadar hanya melihat ianya berlalu sedemikian? Adakah kita hanya berdiam diri?Kita bersyukur kerna masih lagi hidup dalam suasana yang aman,tenteram dan penuh kedamaian. Masih lagi dapat menghirup udara yang segar sentiasa. Masih tidak merasai peluru2 yang yang tidak dijemput kehadirannya, debu-debu asap yang diibaratkan seperti oksigen kita. Tapi, mustahil tidak kita akan merasainya jika kita goyah dalam mempertahankan negara yang kita sama-sama cintai ini. Ketertanggungjawaban kita terhadap negara begitu tinggi. Namun,jika hanya kita sahaja yang coba untuk pertahankannya sedangkan pemimpin lain hanya tahu bertelagah yang siapa rasuah, yang siapa projek itu dan ini punya, yang siapa salah itu dan ini, yang siapa dia jatuhkan itu dan ini, maka, negara ini jatuh jua. Pemimpin itu payung. Pemimpin itu adalah atap yang melindungi penghuninya. Sedikit dan sekecil sahaja yang boleh dipanggil pemimpin. Yang lain barangkali boleh dipanggil apa?

Itu yang sering bermain dalam fikiran dan minda saya. Saban hari kita mendengar berita, membaca berita dan mencari berita. Masing-masing antara pemimpin bertelagah,mencari silap siapa,tidak kiralah dianya sesama ISLAM atau tidak. Tapi,jika sesama ISLAM, itu adalah parah!!Parah!!Tidakkah kamu sanggup untuk sama-sama mempertahankan dan membaiki hubungan sesama saudara kamu?
p/s* Bersama kita membela Islam..

Monday, December 21, 2009

urrmmm....????

SAlam sumer...dah lama sesangat aku xhupdate blog..mcm tuh jugaklah degan member2 aku ya len, xie,nasri, ajinho, ajemi nobita, encik uwwaiss dan sebgainya. Mungkin cik reen jerx yang sempat. hoho...dikesempatan ini, nak pohon bebanyak ampun dan maap la ekh. Biasalah, adat jadik student nih, dulu2 bz Ngan assignment,hbis assgnment, muncul pulak stdy week, hadoi. dahla jdual exam kejam cam ape, hari2 exam,cam aku nih amik SPM la plak kan.adoiyaii.Hbis final (14 Nov) sambung lak ngan kem Li kat Asahan, ingatkan dapatla kitowang tdo dalam blik aircond kerx, last2 PLKN lak jdiknya.bersyukur Jerx dengan apa y dapat kan. hbis kem bwu la dapat blik umah kat kg.huhuhu...tupun aku balik lambat.tggu family mai amik..pahtu tibalah masa yang tak berapa ditunggu2...

jeng3...

Industrial Training selama 5 bulan stat pas raya,on 30nov til 16 april2010..adoi..aku pom dengan bangganyer dengan Muka Y xberapa skema melangkah ke SANYO Automedia Sdn. Bhd. (SAM) kat penang tuh..huhu...mcm2 menda aku alami semasa aku kat sini.Maklumlah, new environment utk aku. tgk org wat kejerx cam robot jerx...

tambah2 kilang jepon lak..hoho..tp ok la utk aku, kadang2 penat dowhh rasa, tp kekadang Buhsan pom ada bile xder kejerx..bertenet lah aku kat cni..hahaha...tuh Y dapat hupdate nih..kira nih masa free ar...ok r...later aku cuba utk upload gambar2 aku kat SAM nih..k...c yaaa...bubye...


ps** bile duwit nak masyuk nih...hahaha...???
         bile lecturer nak mai tempat aku nih...???
         bile...errr...errr...????

Sunday, December 13, 2009

Antara soalan bodoh yang kerap ditanya?


* Anda berader di stesen bas dan rakan anda ternampak sambil bertanya: "Tunggu bas ke?"
Anda harus menjawab: "Taklah aku tengah tunggu helikopter, lambat plak ari nie ye"

* Anda hendak pergi ke bilik mandi untuk mandi dan rakan sebilik anda bertanya: "Ko nak mandi ke?"

Jawab : "Taklah aku nak pi main lelayang kejap, ko nak join?

* Anda sedang menulis surat dan rakan anda menegur: "Aik? tulis surat nampak?"
Jawab :"Oh ye ke? aku tak prasan ah...tangan aku bergerak sendiri"

* Anda sedang makan nasik dan orang tegur: "Makan nasik?"
Jawab : " Mata ko buta ke per? Kan aku tengah minum teh ais nie?"

* Anda baru pulang dari kerja dan jiran anda bertanyer: "Baru balik dari keje?"
Jawab : "Taklah, saya dari rumah, nak pi keje lah nie...opis saya dah pindah kat rumah..dan rumah saya dah pindah kat opis"

* Anda sedang sibuk buat kerja dan rakan sepejabat menegur: "Eh kau sibuk ke?"
Jawab : Takyah jawab, peratikan muker dia pastu kompang siket pipi dia.

* Anda sedang menonton tv ceriter melayu, rakan anda datang lalu bertanyer: "Eh citer melayu ke?"
Jawab : "Bukanlah, nie kan citer Otromen Taro menentang Raksaser dari Planet X...ko tunggu jap nanti otromen kuar".