Saturday, April 9, 2011

Lawatan Industri ke Proton Shah Alam..yeaahaaa..

بسم الله الرحمن الرحيم


Lawatan Industri ke Kilang Proton Shah Alam

Rumusan lawatan


dari luar, Proton Shah Alam. Jenama kebanggaan Malaysia.

Pada 31 Mac 2011, satu lawatan industry dari 4 BENE, yang disertai seramai 32 pelajar dengan di iringi oleh 2 orang pengiring iaitu Encik Sadhiqin Isira dan juga Encik Zulkarnain. Perjalanan kami bermula dari Pusat Persatuan Pelajar (PPP) UTeM pada jam 7.00 pagi dan tiba di Proton Shah Alam pada jam 9.00 pagi. Perjalanan yang mengambil Masa selama 2 Jam ini langsung tidak memenatkan peserta rombongan ini. Keterujaan dalam mengikuti lawatan ini membuatkan kami berasa begitu teruja sepanjang perjalanan ini.


masing-masing mendengar taklimat dari pihak Proton


Soal jawab bersama pihak Proton 

en diqin berucap gak...acecece...


sume duk bajet sugguh2 amik info dpd tayangan ni..(nampok benor nipunyer..hehe)

Ketibaan kami telah disambut mesra oleh wakil pihak Proton. Kami telah di bawa ke Auditorium untuk taklimat singkat mengenai Proton dan juga latar belakang Proton ini. Dalam sesi ini Juga, Kami telah bertanya beberapa soalan berhubung dengan operasi dan juga perancangan Proton ini pada masa depan. Kami juga telah ditanyangkan video mengenai Porotn ini.
Selesai taklimat singkat ini, kami telah dibawa ke ruang Production kilang proton ini. Kami telah dibahagikan kepada 2 Kumpulan untuk mendengar taklimat dan juga penerangan secara terperinci mengenai production dalam KilanG Proton yang membuat model Proton SAGA FL dan BLM.

ok, ini album masa dalam production (thanks to wakil proton yang sudi snap n email gambo ni kat kitorang..hehe)



lakonan semata-mata


kuden bajet dengar penerangan dpd supervisor production.


penerangan yang sgt2 padat.best!!


eh2...gambo awak pon ado...glamor awak kjp...


"sana tu haa kitorang tgh plan nk wat kete sport staraf dgn Lambo,Maserrati.."kata en supervisor.


en diqin tanyo po tu haa...

Taklimat yang mengambil masa selama hampir sejam setengah ini berlangsung dalam keadaan yang begitu menggembirakan kerana ini adalah sesuatu pengalaman yang baru buat kami dalam production ini. Penerangan secara mendalam beserta dengan cara pelaksanaan mereka itu membuatkan kami lebih memahami secara berkesan mengenai proses pembuatan kereta ini. Ini dapat dikaitkan dengan apa yang kami pelajari di dalam kuliah mengenai pembuatan automasi ini.


time makan laju n smgat je kome yep...

Selesai penerangan di production ini, kami telah di Bawa ke bilik jamuan untuk jamuan pagi. Layanan pihak Proton kepada kami sungguh mesra dan terbaik. Sesi bergamabr sebelum kami pulang sebagai kenang-kenangan.


moh le kito begambo plok yop..all say cheese..


ole-ole dr UTeM. time kasih en Proton.


Berikut adalah maklumat mengenai Production Rate Proton Shah Ala
m (model: SAGA FL and BLM)

Product capacity -- 150k/ Yr

Model -- P2-11A/ P2-11C

Output -- 40units/ Hr @ 90secs

Current Line Speed -- 38units/ Hr

Takt Time -- 94.7sec/ unit

Line Efficiency -- 95%

Total Process Time -- 19.234sec

Man Power -- 207 (D)63(ID)


SAGA BLM..1.3.(kete Ajib)


SAGA FL (Fatin Liyana?)hehe....awek peja.


gambo komersial break SAGA.

p/s** time kasih kpd sume yang menjayakan lawatan industri ini. Special thanks to En Sadhiqin, Amir, Aisyah & sume2 warga 4 BENE. korang memang terbaik lah.yezzza!!!

from: Shafiee Super & Zulhayyie Sarif