Wednesday, January 12, 2011

belajar dulu-dulu

hi gang..


bangun pagi-pagi, on laptop aku, then baca paper. confirm bendalah pertama aku tengok area sukan.tambah-tambah berita The Kop kena dengan Spurs (i like). tapi usya punya usya paper tadi, terpandang aku satu berita macam agak menarik. klik sini nak tahu. aku pun tak tahu cerita sebenar macam mana kan. sedar tak sedar, rupa-rupanya dah masuk time SPM sekarang ekh.ala, kasik junior2 can nak rasa exam. kitorang (merujuk pada diri senirik jugak) kira passing by kat junior la nak merasa keindahan SPM nih..hehe.bila ingat SPM dulu-dulu, kekadang tergelak jugak aku sesorang. yela, punya la duk struggle (ini perkataan inggeris) dulu belajau (dialek melaka)tekun gile (bajet rajin).belajau jela, tapi hala tuju tak tahu ke mana lagi.Yela, aku dulu sekolang di kekampungan. pendedahan pasal future studies nih kureng ciket (agak banyak la).maknanya kitorang just belajar jerx. untuk A. tapi hala tuju lepah tuh, tak tahu kemana2.aku pun tak tahu kenapa tyme tuh aku tak terpikir pun Hal semua tue (menunjukkan bahawa aku berdedikasi masa belajar.kih3)Ok.itu dulu..zaman dolu-dolu punyer celita.tinggal.

zaman sekarang.

kalo la ikut Peratusan perbezaan antara belajar aku dulu2 dengan belajar akU sekarang2 nih, duk tekan2 kalkulator saintifik aku tuh, maunyer Keluar 300% gak tuh.gile.okay.malas tulis dalam bentuk cerekarama, tulis dapat bentuk titik-titik lagi bagus.

dulu-dulu

dot1) bulan 11 nak exam, bulan 11 setahun sebelumnyer dah check apa yang belajar nanti
dot2) bulan depan nak ujian, study macam pagi karang nak exam.
dot3) malam nak ujian (esok pagi ujian la), kui 10.32 dah tido.mak pesan tido awal,otak cergas.
dot4) pagi nak ujian, bangun awal, solat subuh, bekpes,tgk nota ciket2.
dot5) time tggu luar dewan. muke siyes gile,duk hafal rumus.mulut kumat kamit macam tok bomoh nak santau orang.
dot6) masuk dewan,hati cuak gile.mulut masih kumat kamit.baca doa plak.
dot7) kadar senyuman waktu ini, teramatlah sangat kurang.masing-masing muke stok nak tetak orang.
dot8) dapat soklan n Kertas jawapan, laju jerx tulis sume rumus2 yang berkaitan atas ketas soklan.
dot9) time jawab, ini waktu paling gile, fokus macam jumpe cicak kaler Pink.
dot10)kalo xdapat jawab soklan, muke punyela risau,cam muke orang berak sembelit.
11) kalo ader tinggal soklan kosong, macam nak nangis.padahal tinggal soklan yang 0.35 markah jer (ader ker SPM markag gitu?)
12) habis exam.still duk bincang paper tadi.
13) p kantin, masing2 compare jawapan.kalo salah? mata merah,peluh di dahi.metabolisme tak stabil (tanda cuak)
14) balik umah, nangis sorang-sorang dalam bilik (ini perempuan, bukan aku ~lelaki yang awesome)

sekarang?

1) bulan depan ade test, bulan ini?masih seperti 5 tahun lagi nak test.
2) minggu depan test, minggu ini masih seperti setahun 5 bulan nak test.
3) esok nak test,

dah-dah...kita sambung lenkali...tetiber aku ader kejer...haha...

Wednesday, March 24, 2010

5 tahun 3 bulan yang lalu....






Assalamualaikum wbt...
Salam dan slamat sejahtera sumer...actually dah lama nak masukan gmbar nih...memori yang sgt2 terindah dalam hidup aku sebagai seorang Islam, manusia dan apa2 jer...cmner aku leh tergerak hati nak upload pic2 yang aku simpan daripada dulu lagi nih...tp rase2 nak gak berkongsi apa kita alami walaupun benda tuh semua dah bertahun berlalu kan..kenangan terindah katakan..huhu...sgt2 terindah..Alhamdulillah, pada Disember 2004, aku bersama, mak n abah aku berangkat ke Tanah Suci Madinah dan juga Makkah..44 hari disana..menunaikan tanggungjawab dan kewajipan kita sebagai umat Islam ini...bnyak cabaran dan pelabagai pengalaman yang aneh, insaf, gembira, dan macam2 sepanjang aku berada di 2 bandar paling mulia di dunia ini...umur aku time tuh dalam 16 tahun..muda trang2 agi..hehe...walaupun pada mulanya aku agak gementar, takut and mcm2 benda dalam pikiran aku nih, namun kuatkan semnagat..insyaAllah, niat kita baik..Allah bersama disamping kita kan..mcm2 bermain dlm kepala aku time tuh...yela..p jauh dengan tempoh yang lama dan belum tentu kita akan kembali ke tak kan..sebak sgt2 masa kat aiport pengkalan chepa tuh..yelah, kita tak tahu samada kita akan jumpa atau tak adik beradik kita, sanak saudara, anak2 buah, kawan-kawan, guru and semualah...semua tuh kita xpasti jumpa ker tak...tapi niat kita satu...mencari redha Allah..nak story sepanjang 44 hari tuh, mmg bnyak..jadik wat masa nih, aku selitkan beberapa pic utk tatapan kita bersama...huhu...insyAllah, ada masa aku akan citerkan sedikit2 pengalaman aneh, n mcm2 sepanjang aku berada di sana..pengalaman yang dah aku simpan hampir 6 tahun...terbuku...
membeli belah di Madinal Al-munawarah..
Jabal rahmah...
padang unta...
setibanya di KLIA
barhampiran Masjid Nabawi...
Kota Madinah Al-Munawarah

Monday, February 22, 2010

cInTa @ lOvE


Lirik Ketika Cinta Bertasbih - Melly Goeslow Feat Amee

Bertuturlah cinta
Mengucap satu nama
Seindah goresan sabdamu dalam kitabku
Cinta yang bertasbih
Mengutus Hati ini
Ku sandarkan hidup dan matiku padamu


Bisikkan doaku
Dalam butiran tasbih
Kupanjatkan pintaku padamu Maha Cinta
Sudah di ubun-ubun cinta mengusik resah
Tak bisa kupaksa walau hatiku menjerit


Ketika cinta bertasbih nadiku berdenyut merdu
Kembang kempis dadaku merangkai butir cinta
Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
Sujud syukur padamu atas segala cinta


~~Bait-bait lagu dia atas sungguh syahdu apabila kita mensyairkannya dalam melodinya, lalu diungkapkan dengan suara yang sungguh merdu yang semuanya itu dari satu – Allah SWT.
Saya tertarik untuk membicarakan soal cinta. Seteguh iman kita menyintai Allah SWT dan kekasihnya, Ya Muhammad SAW, cinta pada manusia itu, lebih-lebih lagi antara wanita dan lelaki tak dapat kita lari. Ya, betul, cinta pada Allah dan Rasul itu adalah sebenar-benar cinta yang hakiki; itu tak dapat untuk disangkal lagi,melainkan dari orang yang mungkin akalnya terlalu pendek dan cetek barangkali.

Saya pasti, ramai yang amsih ingat lagi bagaimana cinta Nur Amina kepada Adam dalam drama bersiri Nurkasih yang begitu mendapat tempat di hati peminat sedikit masa lalu ~ saya juga mengikuti kisahnya, dijalin dan digarap dengan begitu baik selain unsur-unsur keindahan Islam itu dipamerkan, melambangkan Islam itu sungguh indah ~oh, alangkah cantiknya Islam yang semua itu dapat dan pasti kita rasai melalui iman kita ; pasti,sangat pasti!!

Cinta itu indah, cantik,mengasyikkan, tapi cinta itu Jugalah racun. Cinta itu menjadikan diri Kita lalai, alpa, hanyut, lupa diri...barangkali banyak lagi buruknya jika cinta itu tak dijalin dengan unsur-unsur penerapan Islam.

Saya rasa diri saya terlalu hina, terlalu jijik untuk saya bicarakan dan berkata-berkata perihal cinta pada Allah. Merasakan diri saya terlalu hina untuk itu. Sudah semestinya kita adalah hamba Allah, tapi, adakah kita ini cukup layak digelar Hamba Allah?? Kenapa saya utarakan sedimikian..?Pahaman saya, perihal Hamba ini adalah mereka yang mengikuti segala perintah tuannya dan mereka akan takut untuk melakukan perkara-perkara yang apa tuannya larang,tegah,jauhi. Kerna pada mereka, jika mereka dekati perkara-perkara itu, maka, sudah pasti hukuman akan dirasai,bezanya, segera dan lambat.

Jadi, persoalan ini seringkali bermain dalam kotak akal saya, dengan hanya amalan kita yang cetek,terlalu cetek, dimanakah tempat kita disisi tuan Kita? Apa kita sudah seharus dipanggil hambaNya jika kita masih disini?seperti lampau?..

Apabila perasaan cinta kita terdetik Dalam hati, diarasakan dalam diri seorang teruna itu wanita itu mungkin untuknya, maka eloknya kita bertaaruf dahulu yakni kita berkenal-kenalan, maksud saya, eloknya kita mengenal keluarga si wanita itu dauhulu dan sebagainya , yang mana didahulukan patutnya. Maka, apabila sudah senang dengan itu, elok saja diunjurkan pernikahannya jika mampu. Disegerakan satu ibadat bukankah baik? Nikah itu ibaratnya kita mendirikan masjid yang sama-sama kita jaga harmoninya masjid itu, kita semai masjid itu dengan jemaah 5 waktu, tazkirah dalam masjid itu,dengan saling memperingati tanggungjawab suami isteri itu, dalam menuju sebuah keluarga yang sentiasa dirahmati, diredhai olehNya. Sesungguhnya, dalam hidup ini, tiada apa yang lain bagi kita umat Islam, melainkan hanya padaNya lah kita mengharapkan kerehdaanNya.Aminnn.....



Wednesday, February 10, 2010

Amalan Baik Yang Kekal Menemani Mayat

Hadith :

Daripada Anas r.a daripada rasulullah s.a.w sabdanya,

“ Tiga perkara yang mengiringi jenazah iaitu keluarganya, hartanya dan amalannya . maka dua perkara akan kembali semula, yang tinggal hanyalah amalannya”.

Riwayat al-Bukhari dan muslim

innalillahiwainnailaihirojiunn


Huraian:

1. Tiga perkara yang menjadi kepentingan utama di dunia ini iaitu keluarga, kekayaan dan amal kebajikannya. Maka hendaklah setiap orang itu mendapatkannya ketiga-tiga perkara itu dengan sebaiknya.

2. Apabila seseorang itu mati, yang kekal bersamanya ialah amalannya.walaubagaimanapun jika keluarga yang ditinggalkan adalah keluarga bertakwa dan harta yang diperolehi adalah halal dan digunakan untuk keredaan Allah , juga akan bermanfaat kepada si mati.

matinya dalam keadaan syahid itu sungguh indah


Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

tanganpena~~pabila habisnya hayat seorang muslim itu,maka hanya  3 yang ada padanya, doa anak2 y soleh,ilmu yang bermanfaat, dan sedekah jariahnya..semoga kita sentiasa mengingati..

Sunday, January 10, 2010

i-buntu...u-buntu..??



Assalamualaikum warohmatullahiwabarokatuh...

Dah 2 mggu rasenyer aku xhupdate blog...wpn tenet ada dimana sajer aku berada, tp tahap kemalasan nak hupdate tuh tinggi..dulu ada gak meluap2 nak hupdate..adoiyaii..okla, tadi aku duk tgk senrai member2 kat YM tuh..so0o, tgk la sowang mber lama aku, Miss Q (aku pggil quzie jex) y skunk sedang berkelana kat usm wat forensik..ala2 cter CSI gtu..ahaa..aku pom kelik kat link dia..tetiba kua blog..ahaa..ni cam menarik,,aku lak memg jenis suka usya blok owang nih (suke membace katakan...)huhu..dah agak lama la ku xjumper ngan cik quzie nih..just contact via mukabuku jerx..tupom jarang2..so belek punyer belek cam syok gak r blog dier nih...rajin gler minah nih hupdate blog..adoi..pompuan..biasalakan..adat..hihi..

Yang aku peritikan..most blog y aku vist nih (blog pompuan r kan...) bnyak kaler pink..pinkpanther...ahaa...mcm blog cik reen, sowang ag mber kat usm tuh..pink gak..naik pink mata aku tgk blog tuh...tp memandangkan pompuan2 nih rajin berentri,so aku menyelusuri blog2 kamo0o ini dengan daya penaakulan yang tersangatlah tinggi..memandangkan skrg pom aku xr bzie duk kat office nih..masa xder kejer leh r bertenet jap kan..xgitu en.amiq (supervisor y incharge aku@sr.engineer kat sam)...memg sporting en.amiq nih...sllu wat lawak...tp strict gak..owang lama katakan...berpengalaman..

So,minggu lepas lecturer aku mai ziarah amal aku kat sanyo nih,tgk aku cukup makan ke ndak kan, kurus ker gemuk, buhsan ke tak duk kilang nih n mcm2...so dier jumper ngan aku pnyer department manager, en.razak..so, dlm duk depa nih duk nyembang2, en.zul(lecturer aku, tp bkan samanama ngan aku...) mtak sanyo kasik projek untuk aku bwat sepnjang 5bulan aku kat cni..(xtually aku da fnishkan satu pjek,matrix..tp mlas ag nk gtaw kat cik zul..tggu dia ckp2 luh..nti present la tjuk..kan3..bnyak bhan cket..huhu) so..pnjang – pendek pnyer cter,cik zul tuh balik la smula,so hbs jumperx jerx dier, aku n cik razak msuk ofice balik..so..adat owg mlayu la kan, bilaowg buat baik n tlg kite, kanala greet owg tuh dengan ucapan timer kaceh...so, dlm duk nyembang2 ngan cik razak sal tdi tuh, tetibe cik razak gtaw something...I have a plan to give u project...i have two ideas..go0od for ur univercity, and our company..”omg”...tekezut jap dengr...tarik nafas dlm2..slow down tanyer..apo..? did u interested with PFMEA?? Bagi aku,agak asing, tp sejak aku masyuk kilang nih, aku dah napak sedikit sbnyak pasal PFMEA (process failure mode &effect analysis)..dia mtak aku wat satu database untuk pfmea..ritue cik amiq da pesan kat aku, kamo0o just write bout pfmea, but dont understnd t0o0 much..dia bagi aku tempoh 3 bulan untuk aku stdy indeep bout pfmea..pham tol2..memg bnyak benefit pfmea tuh dalam industri kalu aku dapat kuasainya...hurmmm...cabarn menanti pasti untuk aku paham...help me lorhh...!!!!
keliru....hoho

*p/s= sorry lorh..take t0o0 long 2 read dis entry...janji xwat agey...hihi...sharing is caring..am i right..??


Wednesday, December 23, 2009

Empat Perkara

Telah bersabda Nabi Muhamad SAW yang maksudnya:

" Ada empat perkara yang berharga dalam diri manusia dan dia boleh hilang dengan empat perkara juga.

Adapun yang berharga itu ialah...Akal, Agama, Malu dan Amal soleh.
Maka....
1. Akal boleh hilang disebabkan marah.
2. Agama boleh hilang disebabkan dengki.
3. Malu boleh hilang disebabkan tamak.
4. Amal soleh boleh hilang dan terhapus disebabkan suka menceritakan
keburukan orang lain.

Manusia akan menghadapi empat penarikan antaranya:-

1. Malaikat pencabut nyawa akan menarik rohnya.
2. Para ahli waris akan menarik hartanya.
3. Ulat akan menarik tubuhnya.
4. Orang yang dimusuhi @ dianiayai akan menarik barang kepunyaannya di
hari kiamat iaitu AMALNYA.

Dari Ali r.a yang bermaksud: Sesungguhnya amalan yang paling sulit adalah empat macam:

1. Memberi maaf pada waktu marah.
2. Suka memberi pada waktu susah.
3. Menjauhi yang haram pada waktu sunyi.
4. Mengatakan yang hak kepada orang yang ditakuti atau kepada orang yang
diharapkan sesuatu darinya.

Dari Hatim Al-Asom yang bermaksud: Empat perkara yang hanya diketahui oleh empat jenis orang akan nilainya iaitu:

1. Nilai masa muda hanya diketahui oleh orang tua-tua @ orang lama).
2. Nilai kedamaian hanya diketahui oleh orang yang pernah ditimpa bencana@musibah.
3. Nilai kesihatan hanya diketahui oleh orang-orang sakit.
4. Nilai kehidupan hanya diketahui oleh orang-orang yang telah mati.

Wallahualam

P/s* sama-sama kita mengingati sesama kita

Tanggungjawab...

 Alhamdulillah,ketemu kita lagi...

Syukur kehadrat Ilahi kerna dengan segala kudrat dan iradatNya kita masih lagi bernyawa didunia yang fana ini. Dengan segala umur,kesihatan dan rezeki yang tak terhingga,iman yang Allah berikan ini, maka seharusnya kita bersyukur kepadaNya.InsyaAllah, jika kita bersyukur maka limpahlah lagi rezeki yang tuhan kurniakan kepada kita,InsyaAllah. Tanggujawab kita didunia ini terlalu besar buat kita, selaku khalifah yang memimpin yang lain. Kita yang dipimpin dan kita yang memimpin walaupun hanyalah dalam keluarga sahaja. Itu aalah yang lumrahnya sebagai manusia,khalifah dibumi ini.

Kerap kali ini pelbagai isu dimainkan, rasuah,kehilangan,bencana,musibah...Semua itu adalah rencah kehidupan. Namun, adakah kita sekadar hanya melihat ianya berlalu sedemikian? Adakah kita hanya berdiam diri?Kita bersyukur kerna masih lagi hidup dalam suasana yang aman,tenteram dan penuh kedamaian. Masih lagi dapat menghirup udara yang segar sentiasa. Masih tidak merasai peluru2 yang yang tidak dijemput kehadirannya, debu-debu asap yang diibaratkan seperti oksigen kita. Tapi, mustahil tidak kita akan merasainya jika kita goyah dalam mempertahankan negara yang kita sama-sama cintai ini. Ketertanggungjawaban kita terhadap negara begitu tinggi. Namun,jika hanya kita sahaja yang coba untuk pertahankannya sedangkan pemimpin lain hanya tahu bertelagah yang siapa rasuah, yang siapa projek itu dan ini punya, yang siapa salah itu dan ini, yang siapa dia jatuhkan itu dan ini, maka, negara ini jatuh jua. Pemimpin itu payung. Pemimpin itu adalah atap yang melindungi penghuninya. Sedikit dan sekecil sahaja yang boleh dipanggil pemimpin. Yang lain barangkali boleh dipanggil apa?

Itu yang sering bermain dalam fikiran dan minda saya. Saban hari kita mendengar berita, membaca berita dan mencari berita. Masing-masing antara pemimpin bertelagah,mencari silap siapa,tidak kiralah dianya sesama ISLAM atau tidak. Tapi,jika sesama ISLAM, itu adalah parah!!Parah!!Tidakkah kamu sanggup untuk sama-sama mempertahankan dan membaiki hubungan sesama saudara kamu?
p/s* Bersama kita membela Islam..