Alhamdulillah,ketemu kita lagi...
Kerap kali ini pelbagai isu dimainkan, rasuah,kehilangan,bencana,musibah...Semua itu adalah rencah kehidupan. Namun, adakah kita sekadar hanya melihat ianya berlalu sedemikian? Adakah kita hanya berdiam diri?Kita bersyukur kerna masih lagi hidup dalam suasana yang aman,tenteram dan penuh kedamaian. Masih lagi dapat menghirup udara yang segar sentiasa. Masih tidak merasai peluru2 yang yang tidak dijemput kehadirannya, debu-debu asap yang diibaratkan seperti oksigen kita. Tapi, mustahil tidak kita akan merasainya jika kita goyah dalam mempertahankan negara yang kita sama-sama cintai ini. Ketertanggungjawaban kita terhadap negara begitu tinggi. Namun,jika hanya kita sahaja yang coba untuk pertahankannya sedangkan pemimpin lain hanya tahu bertelagah yang siapa rasuah, yang siapa projek itu dan ini punya, yang siapa salah itu dan ini, yang siapa dia jatuhkan itu dan ini, maka, negara ini jatuh jua. Pemimpin itu payung. Pemimpin itu adalah atap yang melindungi penghuninya. Sedikit dan sekecil sahaja yang boleh dipanggil pemimpin. Yang lain barangkali boleh dipanggil apa?
Itu yang sering bermain dalam fikiran dan minda saya. Saban hari kita mendengar berita, membaca berita dan mencari berita. Masing-masing antara pemimpin bertelagah,mencari silap siapa,tidak kiralah dianya sesama ISLAM atau tidak. Tapi,jika sesama ISLAM, itu adalah parah!!Parah!!Tidakkah kamu sanggup untuk sama-sama mempertahankan dan membaiki hubungan sesama saudara kamu?


