بسم الله الرحمن الرحيم
Lawatan Industri ke Kilang Proton Shah Alam
Rumusan lawatan
dari luar, Proton Shah Alam. Jenama kebanggaan Malaysia.
Ketibaan kami telah disambut mesra oleh wakil pihak Proton. Kami telah di bawa ke Auditorium untuk taklimat singkat mengenai Proton dan juga latar belakang Proton ini. Dalam sesi ini Juga, Kami telah bertanya beberapa soalan berhubung dengan operasi dan juga perancangan Proton ini pada masa depan. Kami juga telah ditanyangkan video mengenai Porotn ini.
Selesai taklimat singkat ini, kami telah dibawa ke ruang Production kilang proton ini. Kami telah dibahagikan kepada 2 Kumpulan untuk mendengar taklimat dan juga penerangan secara terperinci mengenai production dalam KilanG Proton yang membuat model Proton SAGA FL dan BLM.
Taklimat yang mengambil masa selama hampir sejam setengah ini berlangsung dalam keadaan yang begitu menggembirakan kerana ini adalah sesuatu pengalaman yang baru buat kami dalam production ini. Penerangan secara mendalam beserta dengan cara pelaksanaan mereka itu membuatkan kami lebih memahami secara berkesan mengenai proses pembuatan kereta ini. Ini dapat dikaitkan dengan apa yang kami pelajari di dalam kuliah mengenai pembuatan automasi ini.
Selesai penerangan di production ini, kami telah di Bawa ke bilik jamuan untuk jamuan pagi. Layanan pihak Proton kepada kami sungguh mesra dan terbaik. Sesi bergamabr sebelum kami pulang sebagai kenang-kenangan.
Berikut adalah maklumat mengenai Production Rate Proton Shah Ala
Product capacity -- 150k/ Yr
Model -- P2-11A/ P2-11C
Output -- 40units/ Hr @ 90secs
Current Line Speed -- 38units/ Hr
Takt Time -- 94.7sec/ unit
Line Efficiency -- 95%
Total Process Time -- 19.234sec
Man Power -- 207 (D)63(ID)